CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hari Raya 2015 Trending Lihat artikel

Chef Wan Tegur Sifat Tamak & Gelojoh Di Kala Ramadan

25-6-2015 11:26 AM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 15937| Komen: 79

Oleh Adib Za

Sifat masyarakat yang gemar membazir dan gelojoh ketika berbuka puasa membuatkan cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan hadir dengan sedikit teguran berhubung hal ini.


Kurangnya penghayatan terhadap maksud Ramadan itu sendiri pastinya membuatkan ramai yang mengabaikan sahsiah diri ketika berbuka.

Memetik laporan Mstar online, Chef Wan menganggap ramai orang menunjukkan sifat tamak dan gelojoh sehingga menyebabkan pembaziran ketika berbuka.

(Sumber foto: Usahawan)


Ditambah dengan etika yang tidak terjaga ketika menghadiri jamuan berbuka di hotel, mereka ini dilihat tidak mahu beratur dan mengambil makanan dengan begitu banyak sekali.

"Mereka sering mengambil makanan dengan banyak ketika di hidangan buffet, tidak mahu beratur tetapi akhirnya tidak mampu menghabiskan makanan tersebut kerana kekenyangan.


"Di rumah sekalipun, ada juga ibu-ibu yang membazir dengan menyediakan makanan sehingga penuh satu meja untuk ahli keluarga tetapi untuk apa?” katanya menerusi portal berkenaan.

(Sumber foto: Asian Food Channel)


Ada kebenarannya kata-kata Chef Wan ini, kita seharusnya lebih bersederhana tidak kisahlah ketika berbuka di restoran, rumah mahupun hotel. Elakkan pembaziran pastinya membuatkan anda lebih tenang berbanding membazir, bukan? - CARI Infonet
 

26

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
19

Sedih
24

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Duta lover 25-6-2015 05:57 AM
Aku benci kalau ada talk ke yg ada makan free
Esp kalau ada kambing

Msti ummah malaysian ( talk tu dihadiri oleh cina india melayu ok..bukan melayu je)
Dah amik banyak2 lauk sedap. Yg aku beratur terlambat sikit ni sampai tinggal salad n ayam dua tiga ketul je. Benci sgt sgt!!
Quote MegiTomyam 25-6-2015 06:37 AM
Tamak satu hal, membazir satu hal. Ekonomi dah paras hidung tapi org kita still jadi hamba makanan
Quote nurul_akmar 25-6-2015 06:41 AM
MegiTomyam replied at 25-6-2015 06:37 AM
Tamak satu hal, membazir satu hal. Ekonomi dah paras hidung tapi org kita still jadi hamba makanan : ...

betul. aku sgt stuju. tgk currency sudahlah.
Quote Jamilahbebee 25-6-2015 06:44 AM
MegiTomyam replied at 25-6-2015 06:37 AM
Tamak satu hal, membazir satu hal. Ekonomi dah paras hidung tapi org kita still jadi hamba makanan : ...

Malaysia pesta makanan berpisah tiada. Baru bulan pose kang jap lg raya lagilahh pesta makanan sana sini
Quote yusryimran 25-6-2015 07:30 AM
aku mmg makan yang seadanya aje di bulan puasa ni. lebih2 x ada. param pun aku x gi
Quote sore_itam 25-6-2015 07:38 AM
Duta lover replied at 25-6-2015 05:57 AM
Aku benci kalau ada talk ke yg ada makan free
Esp kalau ada kambing

jgn lupa kalo ada sate...amik byk2 alasan mkn ngn kwn2..masalhnya kwn2 pon amik gak..
Quote reenz013 25-6-2015 07:45 AM
thn ni p  bazaar ramadhan x tahu nk beli apa
jimat duit
Quote monyet02 25-6-2015 08:03 AM
masa buka puasa makan kuih 2 ketul pun dah kenyang sangat. macam mana la org boleh melantak berpinggan pinggan ni
Quote xpdckelate 25-6-2015 08:09 AM
kawe beli roti john je murah 3 hengget kenyang sampai ke sahur
Quote Lorra2411 25-6-2015 09:01 AM
bulan puasa dijadikan bulan utk memuaskan nafsu makan. hahaha
Quote haruslah 25-6-2015 09:07 AM
mlm td aku bbuka nasik ayam

tekak ni dr tghri teringin megi tomyam

konon nak mkn dlm kul 11 tp knyg lg ngn nsk ayam

p/s: mkn la cam hari2 biasa kita mkn

Quote blinkazwa 25-6-2015 09:33 AM
Edited by blinkazwa at 25-6-2015 09:35 AM

Aku pernah berbuka kat Hotel Istana.
Duduk kat meja area buffet table.
dari meja aku tu bleh nampak org amik lauk2 ni.
ada umat ni dalam pinggan dia letak mee, nasik, lauk, kuih, buah dan atas skali ketam masak cili api.
aku tengok pun jadi mcm geli sebab bercampur2.
pelik pulak aku dia xleh nak bangun ke ulang2. dah nama pun buffet, ko bgn ulang lima ploh kali pun xde sape heran.

ada jugak yang gi buffet ni, sepiring kuih, sepiring itu, sepiring ini. timbun penuh atas meja. penuh pinggan atas meja, pastu tak makan.

tahun ni aku x cadang gi buffet ramadhan.
sebab makan tak banyak mana pun.
baik aku gi warung biasa, order nasik putih dua,
tomyam campur sorg makan,
daging masak merah sorg makan,
kangkung belacan sorg makan,
telur dadar,
air mangga dgn tembikai.  


makan berdua.
baru kena RM22.50.
ekekekek

Quote tomet05 25-6-2015 09:42 AM
alahai memang tamak kan
Quote yayaachan 25-6-2015 09:45 AM
blinkazwa replied at 25-6-2015 09:33 AM
Aku pernah berbuka kat Hotel Istana.
Duduk kat meja area buffet table.
dari meja aku tu bleh nampa ...

ini aku setuju. hahahaha
Quote rospinki 25-6-2015 09:45 AM
time makan kat rest arab apatah nama er bukak posa..ramai tak beratur berebut2 ambik daging ngan kambing tamak dia buat satu table semua berebut ambik, patutnya satu table ambikla satu dua portion je..ni semua dia kaut, bygkan berapa table dan berapa org satu table, smpi turn aku tinggal tulang je..sakit ati. takde adab dan memalukan. tapi sedih bila org yg folo rules beratur last2 dpt habuk. aku pun bayar taw!
Quote bottombikini 25-6-2015 09:48 AM
taun ni tak tau kenapa selera aku mati..nak pegi param pun tak bape nk minat...nak buka kat luar apetah lagi

sudahnye balik rumah masak nasi, goreng ikan..air blend sendiri...jalan jugakkk
Quote Suchi 25-6-2015 09:52 AM
ade org ajak gathering buka kt de palma ampang
rm75 dewasa
rm45 kekanak
kalo iols g mau dkt 200 nk berbuka je pun..
koser..
berbuka pose ni ko teguk air seteguk atau mkn gula2 sebutir pun dah kira bukak pose lah. pastu nk mkn berat ke tidak suke ati.tak wajibnya nk kena masak sedap2 n byk2.tetiba bulan puasa duit jd cepat abis atau tak cukup sbb nk kena mkn sedap je time berbuka. pdhal hari2 biasa kekadang siap mls mkn mlm lg takpun mkn megi atau beger je dah memadai.
Quote prettyuglybabe 25-6-2015 10:10 AM
betul sangat tang buffet tu..
sebab tu dah lama tak gi makan buffet..
semua macam tak makan 1000 tahun..
tamak nak mampus..

pernah pergi kedai yang implement kalau tak habis makan kena bayar..
ada beberapa org terbeliak-terbeliak bijik mata nak kena habiskan semua food atas meja..
sumbat selagi boleh walaupun muka nampak dah nak muntah..
padan muka korang.. tamak lagi..
belum lagi yang siap spare plastik tapau
Quote belilies 25-6-2015 10:31 AM
"Di rumah sekalipun, ada juga ibu-ibu yang membazir dengan menyediakan makanan sehingga penuh satu meja untuk ahli keluarga tetapi untuk apa?” katanya.

Wahhh ni ntah rumah sape lah chef wan ni pnah pg.. Lenkali jgn ajak dia dtg umah lg.

Lihat semua komen(79)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041591 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top