CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bahasa Inggeris: Antara Fasih Dan Efisien Bekerja

24-6-2015 06:01 PM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 8831| Komen: 20|Original author: seramado

Description: Tidak dinafikan kepentingan bahasa Inggeris di dalam alam pekerjaan begitu mendominasi berbanding bahasa Melayu sendiri, meskipun ia hanyalah bahasa kedua.
Oleh Adib Za

Tidak dinafikan kepentingan bahasa Inggeris di dalam alam pekerjaan begitu mendominasi berbanding bahasa Melayu sendiri, meskipun ia hanyalah bahasa kedua.


Di mana-mana syarikat pun, antara yang perlu ada pada pekerjanya ialah kemampuan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.

Sejujurnya tidak ada salahnya perkara ini. Memandangkan bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terpenting di dunia, dituturkan lebih daripada 500 juta orang.

(Sumber foto: Now-bd)


Namun, pandangan majikan atau sesiapa sahaja mengenai mereka yang bukan fasih berbahasa Inggeris seperti air, bahawa mereka ini tidak bijak, tidak pandai bekerja, tidak efisien dan sebagainya adalah salah sama sekali.

Sedangkan kemahiran, pengalaman dan attitude seseorang pekerja itu adalah lebih penting. Tidak fasih berbahasa Inggeris? Bukan menjadi masalah besar. Rata-rata rakyat Malaysia boleh menulis dan bercakap bahasa tersebut, meskipun ada antaranya tidak selancar air. Yang penting faham dan komunikasi masih boleh berlangsung.

Sebab itu, pandangan sinis atau negatif terhadap mereka yang bukan penutur tegar bahasa Inggeris ini tidak selayaknya dikatakan tidak pandai bekerja, kurang efisien dan kurang segala segi. Buang pandangan negatif ini dan gantikan dengan sifat optimis. 

(Sumber foto: Urban Vatility)


Bagi anda yang masih belum menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris, apa kata tingkatkan usaha, sertai kelas atau kursus untuk memantapkan diri. :)

P.s: Cemerlang berbahasa Inggeris belum tentu bakal menjadi pekerja terbaik. Setuju? - CARI Infonet
14

Bagus
19

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
22

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fbukhary 24-6-2015 02:13 PM
kalau ikut profession aku, pandai BI = boleh berurusan dengan org luar = boleh faham baca dokumen2 penting = boleh berinteraksi dengan lebih baik sesama group kerja

jadi maknanya kalau pandai english ia boleh membuka peluang yg lebih luas untuk seseorang menimba pengalaman and ilmu.

byk buku2, kajian2 yg penting dibuat dalam BI sebab tu gradua kena pandai BI untuk betul2 faham isinya.

kalau tak pandai BI, graduan akan mula rasa rendah diri atau inferior dengan kerja. lama kelamaan ini membantutkan progress graduan bila dah masuk alam pekerjaan.

jadi 'bagus' dalam erti ia bukak byk peluang dan membolehkan graduan lebih versatile. tak bermakna bagus dalam perkara2 teknikal...macam you ckp la...kalau pandai BI tak semestinya buat kerja bagus.

Quote crazecousa 24-6-2015 02:50 PM
english education is a MUST in order to SURVIVE ... no harm... keep on learning!
Quote Wakai 24-6-2015 03:30 PM
ada juga orang yg tak fasih bi, tapi nampak fasih disebabkan oleh keyakinan dia berkomunikasi. maka, automatik dia akan dipandang tinggi meskipun tatabahasa ke laut, vocab pun ala kadar saja

jadi , bagi Wakai, keyakinan berkomunikasi tu yang mampu membuatkan orang lain 'wowww'

tetapi, tidak dinafikan, kebolehan menguasai bahasa inggeris mampu memberikan nilai tambah kepada seseorang pekerja (perlu diingat, menguasai bahasa tak semestinya dia fasih bercakap dalam bahasa tersebut)
Quote Wakai 24-6-2015 03:35 PM
dan memang ada orang yang jenis speaking pum pam pum pam, tapi buat kerja tak pandai

ini namanya tin kosong
Quote kluangman 25-6-2015 09:19 AM
Cemerlang bahasa Inggeris nampak macam rajin bekerja.
Part bekerja biar orang bawah handle. Boss handle communication.
Hehehehehe
Quote jay_07 25-6-2015 11:11 AM
Canun-canun tempat aku haramm bi ke laut cina sane... tapi dorang rajin la.. efisien tu aku x tau pulak
Quote krustykrab 25-6-2015 12:30 PM
tak pandai tak pe, tp part yg suka hentam/ejek org nk latih diri bertutur dlm BI tu yg hmmmmm
Quote mbaksusi 25-6-2015 04:47 PM
krustykrab replied at 25-6-2015 12:30 PM
tak pandai tak pe, tp part yg suka hentam/ejek org nk latih diri bertutur dlm BI tu yg hmmmmm

betul..ada yg suka ejek org..mcm kimak je

Quote krustykrab 25-6-2015 05:27 PM
mbaksusi replied at 25-6-2015 04:47 PM
betul..ada yg suka ejek org..mcm kimak je

Waduh waduh mbaksusi...bulan puasa ni....lol
Dh la ngejek hentam....tp diri sendiri punya skill pertuturan pun hancuss...lg mau hgatain org
Quote seramado 30-6-2015 07:06 PM
seharusnya bantu sesama melayu..bkn menjatuhkan..hmm
Quote djohan89 6-7-2015 09:12 AM
selalu jmpa org yg pandai english n fluent ni bkn pndai buat kerja pun...kami2 yg ckp melayu nila keje bagai nak rak
Quote saladin780 8-7-2015 12:01 AM
unwritten law..org pandang rupa gak kalu nak hire pekerja baru..
bertabahlah
Quote gbp@nz 8-7-2015 12:32 PM
English mastery sells..
Quote ninjago 9-7-2015 01:11 PM
kluangman replied at 25-6-2015 08:19 AM
Cemerlang bahasa Inggeris nampak macam rajin bekerja.
Part bekerja biar orang bawah handle. Boss ha ...

yg nie aku stuju. reality mmg camtu.. tapi tak semua la. the bosses should learn and know from ground level kot apa yg org bawah buat. kalau tak asik kena tipu je ngan org bawah itu ini nak mengelat

Quote meklalala 28-7-2015 10:28 AM
biasanya kalau pekerjaan yg memerlukan kefasihan yg melampau dlm BI ialah sektor swasta...
Quote dyladalyla7 30-7-2015 11:18 AM
Wakai replied at 24-6-2015 03:30 PM
ada juga orang yg tak fasih bi, tapi nampak fasih disebabkan oleh keyakinan dia berkomunikasi. maka, ...

Yg ni aku setuju

Aku keje kt mnc, english mmg kena tiptop.
xsemestinya kena pandai grammar bagai, cuma kena ada keyakinan bila speaking tu.
kalo org tgk kita ckp yakin je walopun berterabur then ada good expectation jgk.
n yes english is very important kalo nk berjaya dlm career kat company swasta slalu nye.
keje aku skrg byk kena deal ngan org worldwide, from us, france, india, china, turkey, uk, so semua ni mengajar aku utk belajar jd fasih dlm english.
masa lepas grad dulu english aku hancur jgk.tp bila masuk kerja sini, terpaksa jadi fluent.
Quote midori888 5-8-2015 08:08 AM
dyladalyla7 replied at 30-7-2015 11:18 AM
Yg ni aku setuju

Aku keje kt mnc, english mmg kena tiptop.


agreed too....dlm meeting kena lah aktif berckp...nak argue segala...kalu diam jer, susah lah....
Quote cmf_jeangrey 6-10-2015 03:30 PM
Kena berkebolehan cakap english utk berkembang....esp company mnc, glc sbb nk kena berkomunikasi dgn pelbagai bangsa, org atasan dn org luar....bukan takat tu, kena jugak pandai cara nk sampaikan idea yg bernas....kalau xnak ckp english pun boleh, tp duduk lah jd staf bawahan....
Quote sranua 11-10-2015 11:54 AM
Sebab tu swasta pandang tinggi graduate oversea. Satu sebab tak payah nak latih dah, dah tentu berterabur cakap omputih..walaupun idea original mungkin cedok idea org Melayu yang tak pandai English..inferiority complex..tp bab bagi idea, saranan..mmg tip top.
Yg pandai English...bahasa bunga2..tp ke laut.
Yg paling bagus..dua2 pandai, nak bahasa Inggeris pandai, nak bagi idea, nak buat kerja semua boleh.
Untuk IPTA, selalu yg final interview, kalau tak budak UiA, UiTM.....
Tapi ni bidang sains sosial je ye.
Nanti org O&G datang..kata tak payah BI, gaji dah puluh ribu....

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.063015 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top