Elfira Loy tampil memberikan penejlasan selepas menerima mesej daripada netizen yang kesian melihat anaknya, Rayyan Khalaf, dua tahun yang sudah dihantar ke playschool.
Individu tersebut mendakwa Rayyan masih terlalu kecil untuk dihantar ke sekolah. "Ala tiannye..Kecik-kecik lagi dah kene paksa pegi school. Waktu umur macamni budak selalu nak manja-manja dengan mak dia kalau mak tak bekerja duduk rumah," tulis individu berkenaan. Elfira kata dia menghantar anaknya ke sana untuk membantu mengembangkan kemahiran motor dan sosial mereka.
"Menghantar kanak-kanak ke playschool akan membantu mereka mengembangkan kemahiran motor mereka. Mereka juga boleh mengembangkan kemahiran sosial & harian mereka. "Memang ada studies tunjuk perbezaan kanak-kanak yang aktif selalu play, buat montessori ni dengan yang tak kurang melakukan aktiviti yang merangsang their motor skills," tulisnya melalui IG Story. Dalam masa yang sama Elfira menyatakan tidak mengapa sekiranya ibu bapa tak bersedia nak hantar anak kerana aktiviti masih boleh dilakukan di rumah.
|
ADVERTISEMENT