CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yuna Rahim Masih Takut Nak Kahwin

30-11-2021 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3298| Komen: 17

Description: Pelakon utama drama Diari Seorang Suami di TV3, Yuna Rahim, 26, takut untuk berkahwin walaupun kini usianya sudah sesuai untuk melangkah ke fasa hidup berumah tangga.
Pelakon utama drama Diari Seorang Suami di TV3, Yuna Rahim, 26, takut untuk berkahwin walaupun kini usianya sudah sesuai untuk melangkah ke fasa hidup berumah tangga.


Yuna atau nama sebenarnya Shafiqah Husna Abd Rahim berkata, dia mungkin bersedia mendirikan rumah tangga kira-kira 10 tahun lagi sekiranya dalam tempoh itu bertemu calon suami yang sesuai.

Foto: IG


"Perkahwinan satu tanggungjawab yang sangat besar dan bila kita dah pegang tanggungjawab itu, maka kena tunaikan dengan sepenuh hati dan buat betul-betul.

"Jangan pula fikir nak kahwin itu sekadar mahu lepaskan apa yang diingini saja. Kena faham bahawa perkahwinan adalah satu permulaan hidup yang baharu. Jadi, untuk saya sebenarnya memang takut nak berkahwin," katanya kepada Harian Metro.




Yuna yang ditemui pada sidang media secara virtual drama Diari Seorang Suami baru-baru ini berkata, walaupun kini dia berada pada usia yang sesuai untuk berumah tangga, tetapi baginya sekarang bukan masa untuk bergelar isteri orang lagi.

"Perkahwinan adalah tanggungjawab yang amat besar untuk digalas. Jadi, saya kena fikir lebih 10 kali dulu kalau nak berkahwin. Kena tengok juga pasangan kita itu macam mana pula orangnya sebab ikatan perkahwinan ini bukan main-main.

"Ia turut membabitkan ikatan hubungan dua keluarga kerana selepas berkahwin, kita bukan hanya menjalani kehidupan dengan pasangan saja, tetapi keluarga mentua juga. Jadi, mungkin saya akan sedia berkahwin 10 tahun lagi, insya-Allah. Malah, dalam tempoh yang ada ini, nampaknya saya kena cari betul-betul calon suami yang sesuai," katanya.



Menurut Yuna, dia jadi takut dan sangat berhati-hati untuk berkahwin apabila melihat banyak pengalaman orang terutama daripada kawan-kawannya sendiri berkenaan kehidupan alam rumah tangga.

"Apapun, yang pasti sekarang saya belum terfikir nak bercinta lagi. Jadi, kalau rasa ingin bercinta pun belum ada, apatah lagi mahu berkahwin. Dari situ, tengoklah macam mana nanti, kalau ada (jodoh) ada lah, jika tak ada tidak mengapa," katanya.




Menerusi drama Diari Seorang Suami itu, Yuna melakonkan watak Neesa iaitu gadis berusia 18 tahun yang berkahwin muda, tanpa restu keluarga bersama kekasihnya, Hairi yang dilakonkan Afieq Shazwan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 30-11-2021 01:58 PM
Standard wartawan dan acik2 malaysia, bila tanya soalan pada orang mesti asyik tanya pasal kahwin. Yihhh takde common sense ke? Dah orang tu takmo kahwin lagi.. maknanya belum bersedia untuk galas tanggungjawab tu.... Apa kata lepasni makcik2 dan repot sangkak ni tanya soalan "Hi yuna, makcik nak sponsor awak 10 juta, sebuah rumah banglo dan daging kentut kucate setiap hari kalau awak ada anak", confirm hari tersebut jugak dia pergi cari jantan dan melambung2 sampai ke awan dan langit... Yihhhh... lainkali soalan bagi la soalan yang menyejukkan hati...
Quote lasagna 30-11-2021 02:04 PM
korang sabar jap. esok lusa ada laa ni boipren nya tu.
Quote prettyuglybabe 30-11-2021 02:27 PM
dia ni sweet tapi macam takde aura..
Quote umbut 30-11-2021 04:30 PM
26? Ingatkan 18. Sweet mukanya
Quote Pujangga22 30-11-2021 04:31 PM
dia ni berlakon not bad
Quote KirazMevsimi 30-11-2021 05:11 PM
slim, tinggi. mula tengok dia berlakon drama apa tu, lupa plak, yg ada hun haqeem, merqeen. moga dapat jodoh bebaik. carik duit bebanyak
Quote nordin84 30-11-2021 05:40 PM
dia ni blh jd amani muda.. blh la geng dgn amani
Quote salimrock 30-11-2021 05:46 PM
dudaberhias replied at 30-11-2021 01:58 PM
Standard wartawan dan acik2 malaysia, bila tanya soalan pada orang mesti asyik tanya pasal kahwin. Y ...

takkan nak tanya are u straight or lesbian?
Quote erami96 30-11-2021 08:04 PM
Artis malaysia skrg rmai khwin muda so kalau diorang berlakon cerita cinta xde feel nak tgk sbb 22 laki bini org.
Quote putericahaya999 30-11-2021 08:26 PM
Mcm sara ali najwa harun awet muda
Quote makadek 30-11-2021 09:36 PM
Dia ni tk mekap pn comel
Bby face btul
Quote mesmerize 30-11-2021 09:52 PM
26 dah? ingat baru awal 20-an.. comel dia.. penah nampak dia ni kat uptown damansara dengan pelakon cina tu apa nama kahoe hon ke ntah..
Quote bondeh 30-11-2021 10:34 PM
Yuna nih lagi sweet dari Daiyan
Quote lattehazelnut 1-12-2021 08:49 AM
Bina career dulu.. tp biasa senyap2 camni tiba2 je kawin.. dia pun perangai elok je kan..
Quote enot_sibudak 1-12-2021 09:37 AM
dudaberhias replied at 30-11-2021 01:58 PM
Standard wartawan dan acik2 malaysia, bila tanya soalan pada orang mesti asyik tanya pasal kahwin. Y ...

lain la dik qieqim....nk kawen xsabaq sgt dh...tp ank xmau..apa citaaaaa...untung la dh kawen muda beranak awal2..nnt hg muda lg anak dah besar..cuci tangan awal...
Quote Nuyak 2-12-2021 10:19 AM
sebelum ni tak pernah tau nama dia apa, tapi nampak dia berlakon not bad..tak kayu la mcm pelakon2 baru lain
Quote eely_shana 12-12-2021 10:13 PM
Oo..yuna namanya. selalu nmpk blakon

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.055935 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top