Oleh Adib Za
Tidak dinafikan kepentingan bahasa Inggeris di dalam alam pekerjaan begitu mendominasi berbanding bahasa Melayu sendiri, meskipun ia hanyalah bahasa kedua.
Di mana-mana syarikat pun, antara yang perlu ada pada pekerjanya ialah kemampuan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. Sejujurnya tidak ada salahnya perkara ini. Memandangkan bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terpenting di dunia, dituturkan lebih daripada 500 juta orang. Namun, pandangan majikan atau sesiapa sahaja mengenai mereka yang bukan fasih berbahasa Inggeris seperti air, bahawa mereka ini tidak bijak, tidak pandai bekerja, tidak efisien dan sebagainya adalah salah sama sekali.
Sedangkan kemahiran, pengalaman dan attitude seseorang pekerja itu adalah lebih penting. Tidak fasih berbahasa Inggeris? Bukan menjadi masalah besar. Rata-rata rakyat Malaysia boleh menulis dan bercakap bahasa tersebut, meskipun ada antaranya tidak selancar air. Yang penting faham dan komunikasi masih boleh berlangsung. Sebab itu, pandangan sinis atau negatif terhadap mereka yang bukan penutur tegar bahasa Inggeris ini tidak selayaknya dikatakan tidak pandai bekerja, kurang efisien dan kurang segala segi. Buang pandangan negatif ini dan gantikan dengan sifat optimis. Bagi anda yang masih belum menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris, apa kata tingkatkan usaha, sertai kelas atau kursus untuk memantapkan diri. :) P.s: Cemerlang berbahasa Inggeris belum tentu bakal menjadi pekerja terbaik. Setuju? - CARI Infonet
|
14
Bagus |
19
Marah |
17
Terkejut |
15
Sedih |
22
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
krustykrab replied at 25-6-2015 12:30 PM
tak pandai tak pe, tp part yg suka hentam/ejek org nk latih diri bertutur dlm BI tu yg hmmmmm
mbaksusi replied at 25-6-2015 04:47 PM
betul..ada yg suka ejek org..mcm kimak je
kluangman replied at 25-6-2015 08:19 AM
Cemerlang bahasa Inggeris nampak macam rajin bekerja.
Part bekerja biar orang bawah handle. Boss ha ...
Wakai replied at 24-6-2015 03:30 PM
ada juga orang yg tak fasih bi, tapi nampak fasih disebabkan oleh keyakinan dia berkomunikasi. maka, ...
dyladalyla7 replied at 30-7-2015 11:18 AM
Yg ni aku setuju
Aku keje kt mnc, english mmg kena tiptop.
ADVERTISEMENT