JAKARTA - Jika di Malaysia baru sahaja selesai menyerahkan kajian cadangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) domestik KL-Iskandar Puteri kepada Kabinet Oktober lalu, negara jiran kita Indonesia pula memperlihatkan kereta api laju (Kereta Cepat Jakarta-Bandung/KCJB) pertama mereka kepada dunia dalam satu acara April lalu. Pihak KCJB mengumumkan kereta cepat mereka itu mampu membawa penumpang dari Jakarta ke Bandung dalam tempoh hanya 40 minit sahaja. Ianya sangat cepat dan menjimatkan lebih banyak masa jika dibandingkan dengan kereta api biasa yang mengambil masa hingga 3 jam lebih. Kereta Cepat Indonesia ini masih belum beroperasi dan mensasarkan akhir tahun 2022 untuk ia mula dibuka sepenuhnya. Jadi untuk memastikan semuanya selamat, pihak KCJB mendakwa tahap keselamatan kereta cepat Indonesia ini dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan di tahap paling tinggi. KCJB dikatakan akan beroperasi pada kelajuan 350km/j dengan dilengkapi sistem perlindungan yang canggih seperti mampu menghadapi ancaman angin kencang, hujan lebat, objek asing, petir mahupun gempa bumi.
|
cmf_premierleag replied at 26-11-2021 06:26 PM
syabas indonesia
sementara itu kat msia pi kensel HSR and kene byr RM 320 juta kat spore
helicornia replied at 26-11-2021 08:00 PM
Mmg ekonomi indon Vietnam berkembang pesat skrg.silap2 org kita pulak pi keje kt indon lepas ni
Normabaru replied at 26-11-2021 10:07 PM
pastu menteri joli alphard sekor sorg.. Ini lah kpi pencapaian kabinet mail 100hari.. Hujung2 semu ...
Lagubestbest replied at 26-11-2021 06:45 PM
ni belum buka kalimantan lagi ni, siap airport, HQ gomen semua, memang kebanggaan friska la nanti.
cmf_premierleag replied at 26-11-2021 11:14 PM
hari tu ada tgk news
vietnam dh buat electric car and export to US
msia? maleh nak cakap
mbhcsf replied at 26-11-2021 11:20 PM
eh katenye laa itu hari ade kete terbang.....lesap terbang dah kot gamaknye???
ADVERTISEMENT