CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Hilang Jari Dilapah Ikan, Berpuluh Pengunjung Mandi Sungai Cedera Diserang Piranha

26-11-2021 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2709| Komen: 23

Description: Argentina – Berpuluh-puluh pengunjung yang sedang leka mandi-manda di sebatang sungai di Argentina gempar apabila mereka diserang oleh kawanan ikan piranha yang menggigit dan mencederakan orang ramai ...
Argentina – Berpuluh-puluh pengunjung yang sedang leka mandi-manda di sebatang sungai di Argentina gempar apabila mereka diserang oleh kawanan ikan piranha yang menggigit dan mencederakan orang ramai, lapor akhbar The Sun.


Dalam kejadian tersebut, seorang remaja berusia 13 tahun dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan selepas jari kakinya dilapah oleh ikan pembunuh tersebut, manakala seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun hilang sebahagian daripada jarinya.

Kira-kira 30 pengunjung lain dilaporkan turut tercedera dalam serangan serentak dan secara tiba-tiba di Sungai Parana itu.


Foto: The Sun

Sementara itu, wakil sebuah kesatuan bagi anggota penyelamat di kawasan tersebut, Sergio Berardi berkata, serangan itu disebabkan oleh suhu yang tinggi dan kadar air yang rendah.

“Kami sering menekankan mengenai kepentingan untuk mematuhi arahan penyelamat terutamanya dalam kalangan keluarga dengan kanak-kanak. Kini, kita telah melihat kemusnahan yang telah diakibatkan oleh piranha.

“Apabila anggota penyelamat melihat seorang atau dua pengunjung digigit piranha, mereka akan mengarahkan pengunjung lain untuk keluar dari air. Namun, tindakan itu tidak mencukupi kerana ramai pengunjung berada di situ pada waktu tersebut,” katanya.

Tambahnya, anggota penyelamat bertugas ketika kejadian turut bergegas membantu pengunjung yang cedera, dan pada masa sama terdapat yang lain turut diserang.

“Ikan piranha sering berenang di bahagian beting sungai, jadi terdapat banyak serangan dilakukan serentak,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 26-11-2021 01:42 PM
Euwww mengerikan macam dalam pilem
Quote Belibis 26-11-2021 02:28 PM
Artemesiaa: Euwww mengerikan macam dalam p ...

Masa awal2 filem dulu memang seram.maklumla otak pun masih belum matang.
Quote gujiwa 26-11-2021 02:30 PM
hoh ingatkan pirhana ni makan benda like bangkai ke.. so mmg makan juga manusia ni
Quote Thunderclouds 26-11-2021 02:41 PM
Nom nom nom...burrpppp
Quote mbhcsf 26-11-2021 03:29 PM
huuuuuuuuu scarry i thot kat amazon je and rupanya kat argentina pun ade ye

Don't cry for me argentinaaa....
Quote airmineral 26-11-2021 05:18 PM
aku ingatkan dia makan daging yg mmg da berdarah/luka, kalau xberdarah, dia xmakan
Quote KIM.K 26-11-2021 05:29 PM
Nama sungai pun parana
Quote angelofish 26-11-2021 06:38 PM
dulu ai tengok video katanya piranha makan orang tu mitos hoax semata mata.sebab deria rasa ikan piranha tertarik pada darah ikan je...
Quote edayildiz 26-11-2021 08:44 PM
scarynnyaaa wpn rupanya mcm ikan bawal jer
Quote ipes2 26-11-2021 08:57 PM
org asli guna gigi Piranha utk potong rambut, potong food, depa pulak gi mandi2 dalam sungai yg ada Piranha? ha ha apparaa
Quote OyenLemas 27-11-2021 01:44 AM
edayildiz: scarynnyaaa wpn rupanya mcm ik ...


hahhahaah haah la. ade rupa bawal [em:4:]
Quote cha-cha 27-11-2021 04:02 AM
Ishhhh scary nya muka ikan ni mata merah bagai, mcm hantu tapi ikan
Quote Jitu 27-11-2021 11:23 AM
berani org kat sana mandi kat sungai ada ikan piranha
Quote any42 28-11-2021 01:14 AM
gila seram tgh seronok mndi isi kena kunyah bjemaah dek ikan.
Quote sabundettol 28-11-2021 06:56 AM
Kat malaysia ada tak ikan piranha?
Quote stingerstomps 28-11-2021 07:01 AM
sabundettol replied at 28-11-2021 06:56 AM
Kat malaysia ada tak ikan piranha?

Nanti cobid dah reda sikit....aku bawak masuk.....biak disungai klang.....boleh la ko bawak anak anak mandi sungai...
Quote stingerstomps 28-11-2021 07:07 AM
airmineral replied at 26-11-2021 05:18 PM
aku ingatkan dia makan daging yg mmg da berdarah/luka, kalau xberdarah, dia xmakan

Anak jiran aku yg 3 tahun iteww pulak die die ingatkheun pirannha ini spesies vegan.....(hari bengapnya)


Kahkahkahkahkahkah
Quote cupu 28-11-2021 12:02 PM
Edited by cupu at 28-11-2021 12:04 PM

Kenapa la  xbuat movie piranha yg baru2..jaws ke...mesti syok..dulu 80an teknologi xcanggih mana..klu buat skrg mest lg real. Aku suka movie mcm ni. Dulu sotong kurita bagai semua ada.
Quote sekngucing 28-11-2021 03:33 PM
edayildiz replied at 26-11-2021 08:44 PM
scarynnyaaa wpn rupanya mcm ikan bawal jer

piranha ni family ikan pacu

Lihat semua komen(23)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.098732 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top