CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Ketika Cuba Rompak Rumah, Mayat Mereput Tepi Tandas

26-11-2021 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2284| Komen: 5

Description: Pamekasan: Satu mayat reput ditemukan di dalam sebuah rumah kosong, di sini.
Pamekasan: Satu mayat reput ditemukan di dalam sebuah rumah kosong, di sini.

Menurut pihak berkuasa, mayat lelaki itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih dari sebulan.


Mayat itu ditemukan di rumah milik Dwi Woyono di Pamekasan, Madura pada pukul 10.15 pagi waktu tempatan.

Ketika ditemukan, mayat itu dalam keadaan separuh duduk dan bersandar pada dinding tandas serta memakai seluar.


Foto: Agensi

Dwi memberitahu, dia mendapat panggilan telefon daripada penjaga kawasan perumahan yang memaklumkan rumah di sebelah rumahnya dimasuki pencuri dan meminta lelaki itu datang untuk memeriksa rumahnya.


“Keesokannya, saya datang ke rumah itu bersama isteri dan kami memang tidak tinggal di sana sejak membelinya empat tahun lalu.

“Ketika sampai di rumah, kami terhidu bau busuk. Baunya datang dari arah tandas dan selepas diperiksa, kami jumpa mayat reput,” katanya.

Pasangan suami isteri itu terus menghubungi polis dan mereka tidak menolak kemungkinan lelaki itu terjatuh ketika cuba memecah masuk rumah mereka.

Sementara itu, polis akan meneruskan siasatan dan mengenal pasti punca kematian lelaki tersebut. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 26-11-2021 02:58 PM
Igtkn Kene 'pagar' smpai xleh cari jln kluar
Quote coco 29-11-2021 03:45 PM
batmana replied at 26-11-2021 02:58 PM
Igtkn Kene 'pagar' smpai xleh cari jln kluar

kemungkinan besar tu.....
Quote Babai 29-11-2021 03:53 PM
batmana replied at 26-11-2021 02:58 PM
Igtkn Kene 'pagar' smpai xleh cari jln kluar

Sebut pasal pagar ni. Kan lebih baik kslau pagar sampai takleh cari jalan masuk. So takde la timbul apa2 isu.
Quote mamajawie 30-11-2021 11:18 AM
cash betul ye..
Quote Decaffeinated 30-11-2021 01:41 PM
Keesokannya, saya datang ke rumah itu bersama isteri dan kami memang tidak tinggal di sana sejak membelinya empat tahun lalu.
Kalau jadi kat rumah aku, nak curi, curi lah but please jgn mati di dalam. Setakat ni jumpa rangka biawak je tak nak lah jumpa rangka manusia pulak.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.197592 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top