CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Tipu Isteri Dah Mati Sebab Nak Kahwin Satu Lagi

26-11-2021 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1954| Komen: 9

Jakarta – Seorang Ketua Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) di Indonesia berdepan  hukuman penjara kerana membantu seorang individu untuk memalsukan surat kematian isterinya demi untuk berkahwin lagi, lapor laman berita Suara.com.


Ketua KUA Petang dalam wilayah Bali, Abdul Munir, 43, membantu Suraji, 56, untuk mengeluarkan surat tersebut pada Ogos 2019 dengan menerima bayaran berjumlah 1.5 juta rupiah (RM443).

Dia dilaporkan melakukan jenayah pemalsuan surat dengan cara membuat surat pengakuan dan keterangan kematian atas nama isteri Suraji, Diah Suartini.

Gambar Hiasan, Foto: Pexel

Surat tersebut memaklumkan bahawa Diah telah meninggal dunia, sedangkan dia masih hidup dan sihat sehingga kini.


“Abdul Munir yang juga merupakan Ketua KUA membantu Suraji mempersiapkan semua dokumen pernikahan dengan cara memalsukan surat keterangan kematian serta beberapa dokumen penting lain.

“Ia adalah supaya Suraji dapat bernikah dengan seorang wanita lain sedangkan pada waktu itu dia masih suami Diah yang sah,” kata Ketua Pejabat Peguam Daerah Badung, I Ketut Maha Agung.

Menurut pendakwa raya, perkara itu telah menyebabkan kerugian kepada Diah iaitu dari segi kesan psikologi di mana dia masih hidup sehingga ke saat ini.

Kedua-sua suspek telah ditahan Polis Badung sehingga kini. Jika disabit bersalah, kedua-dua mereka boleh didakwa atas kesalahan ancaman jenayah dengan hukuman penjara maksimum selama lapan tahun. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zaien 26-11-2021 12:02 PM
hahaha rm443 jurr rasuah dia?
setimpal x ngn penjara tuh?? shittt No wkwkwkwkw
Quote Decaffeinated 26-11-2021 12:04 PM
bila ni nak buat sub board berita dari Ind...

Quote salimrock 26-11-2021 12:38 PM
“Ia adalah supaya Suraji dapat bernikah dengan seorang wanita lain sedangkan pada waktu itu dia masih suami Diah yang sah,” kata Ketua Pejabat Peguam Daerah Badung, I Ketut Maha Agung.

WOW, nama hebat ni...

kt malaysia kita ada MAHA thir

mcm mna ketut dia ye? maha agung tu
Quote Artemesiaa 26-11-2021 12:41 PM
Gigih menipu terkantoi juga akhirnya
Quote Cik_jantung 26-11-2021 01:15 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 08:05 AM

..........
Quote gideoncross 28-11-2021 01:18 AM
Demi poen, trus kna tngkap, slayaknya d maki brbakul2.
Quote gideoncross 28-11-2021 01:18 AM
Cik_jantung replied at 26-11-2021 01:15 PM
Munir dan suraji sama bodohhh..

Dh nmanya Yindon kn? Bodoh dgn bnda2 camni mmg brpisah tiada.
Quote edayildiz 28-11-2021 11:08 AM
dedua bodoh
Quote Decaffeinated 28-11-2021 01:47 PM
salimrock replied at 26-11-2021 12:38 PM
“Ia adalah supaya Suraji dapat bernikah dengan seorang wanita lain sedangkan pada waktu itu dia mas ...Ketua Pejabat Peguam Daerah Badung, IKetut Maha Agung.

'I Ketut XXX' tu nama Bali.

Awalan 'I' untuk anak lelaki. 'Ketut' untuk anak ke-4.


Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.036611 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top