CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Gempar Mayat Bogel Bangun Berjalan, Keluar Bilik Mayat

26-11-2021 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1568| Komen: 10

Description: Nigeria – Sekumpulan pelajar perubatan sebuah universiti di Nigeria berdepan detik-detik mencemaskan apabila satu ‘mayat’ wanita yang tersedia untuk diawet membuka mata secara tiba-tiba, bahkan ban ...
Nigeria – Sekumpulan pelajar perubatan sebuah universiti di Nigeria berdepan detik-detik mencemaskan apabila satu ‘mayat’ wanita yang tersedia untuk diawet membuka mata secara tiba-tiba, bahkan bangun dan berjalan keluar dari bilik mayat, lapor akhbar The Sun.


Menurut laporan media tempatan, para pelajar anatomi dari Hospital Pendidikan Universiti Benin ketika itu menyedari bahawa mayat tersebut bergerak selepas dia dibogelkan bagi tujuan pembelajaran sebelum kelas bermula.

Dia secara tiba-tiba membuka matanya, duduk, memanjat meja dan berjalan keluar dari bilik mayat, lapor laman berita Atinka News.


Foto: Antika News


Para pelajar yang ketakutan kemudiannya lari bertempiaran dan dalam masa sama, wanita tersebut turut berjalan di kawasan berumput dalam keadaan berbogel serta kelihatan keliru dengan keadaannya.

Tiada seorang pun daripada pelajar di situ yang cuba membantu wanita berkenaan atau memberikan pakaian kepadanya, sebaliknya mereka hanya merakam situasi tersebut menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Wanita terbabit yang identitinya masih belum dikenal pasti dilaporkan dihantar ke bilik mayat oleh keluarganya selepas dia disahkan meninggal dunia.

Laporan media tempatan turut tidak menyebut mengenai punca ‘kematian’ wanita itu.

Klip video yang dikongsikan di media sosial itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pendapat masing-masing

“Dia berada dalam keadaan koma, dan bukannya meninggal dunia,” kata seorang netizen. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 26-11-2021 01:01 PM
Takde ke sorang yg tlg bagi baju ke apa instead of merakam org bogel ish ish..
Quote mbhcsf 26-11-2021 01:11 PM
????????????????? ape ni ? prank ke , iskkkkk.
Quote Cik_jantung 26-11-2021 01:25 PM
Ingat kat mesia tadi
Quote miznora 26-11-2021 01:49 PM
Kesian pulak bacanya
Quote Artemesiaa 26-11-2021 01:52 PM
Panik tapi sempat lagi merakam tu
Quote kakikuDibibirmu 26-11-2021 01:55 PM
Mayat tersenyum sinis:

nNQ6H_Gc6b0o0imp6PclQuSNgLRw_VnVCjhvxx8cicc.jpg
Quote Belibis 26-11-2021 02:35 PM
Mana klip bideo itew?
Quote kakikuDibibirmu 26-11-2021 02:37 PM
Mayat dalam Parlimen

images.jpg


Quote batmana 26-11-2021 03:01 PM
Kesian dia...mana pi pengajar kt situ..tk tutup ke dgn kain ke apa..org hidup semula ni mmg fikirannya konfuse
Quote Skuau 26-11-2021 03:13 PM
'dead man walking'.

Lihat semua komen(10)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2021 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.092396 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top