CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Fuhh Jalan Macam Wonder Women" Tindakan Berani Isteri Azhar Sulaiman Bantu Mangsa Kereta Terbabas Dipuji Netizen

26-11-2021 06:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 13350| Komen: 64




Melihat kemalangan berlaku didepan mata mungkin sesuatu yang menakutkan apatah lagi jika kenderaan yang terlibat dengan kemalangan itu tiba-tiba berasap dan ada mangsa cuba keluar dari kenderaan itu. 

Baru-baru ini, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman, Leona ada berkongsi satu video di Twitter mengenai satu kemalangan yang berlaku didepan matanya 

Video berdurasi 10 saat itu menunjukkan sebuah kereta di hadapan kenderaan yang dinaikki Leona dan ibunya terbabas di satu selekoh dan dapat dilihat seorang wanita cuba keluar dari tingkap kereta yang terbabas itu.


Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan berani isteri Azhar Sulaiman, Chempaka Emalin Pahamin yang tanpa teragak-agak terus keluar dari kenderaan yang dinaikki bagi memberi bantuan kepada mangsa kemalangan tersebut.

Walaupun kereta yang terbabas itu dilihat mengeluarkan asap dan mungkin juga merbahaya untuk didekati, namun Chempaka dengan tenang berjalan ke arah kenderaan itu. 

Tindakan berani Chempaka mendapat pujian netizen.



Menurut Leona, video itu tiada sambungan kerana makciknya yang merakam kejadian ketika itu terus menghentikan rakaman kerana ingin membantu ibunya dan mereka telah berjaya menolong mangsa kemalangan tersebut keluar dari kereta itu.



Untuk info, isteri Azhar Sulaiman yang baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 merupakan "orang kuat" dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 




Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga atas sifat keperihatinan yang tinggi yang ada di dalam diri mereka, semoga menjadi contoh buat kita semua. 

Apa pun, andai kata korang dalam situasi ini, adakah korang akan melakukan perkara yang sama atau terus "kaku" dan tidak tahu apa yang perlu dibuat? - CARI 




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 26-11-2021 05:52 AM
Pandu puteri patutlaaaa.
Dia mcm boys scout dalam movie Up.
Contohi lah kakak ni.
Pahala achievement bukan setakat bagi ceramah kat komen benang cari sajok
Quote Cik_jantung 26-11-2021 07:44 AM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 08:00 AM

.............
Quote dudaberhias 26-11-2021 07:55 AM
kurlast mak sheolsss... janji anaknya dedua twin tu herlokkk...
muka pure melayu tu chuolsss bukan cecampur mix paki gundu ke bangla yachhh...

soo kita kena puji bukan sebab dia bantu orang jah tapi sebab telah melahirkan generasi baru yang herlokkk...
Quote Acikgomen 26-11-2021 07:56 AM
Cik_jantung replied at 26-11-2021 07:44 AM
Cempaka ni anak orka yg tak heran nak tunjuk kaya pun... Simple life xde giler nk flex pape pun..

Leona tuh sebijik menurun chem zaman muda
Cuma part Leona telebih gedik je la
Chem dulu reserved sket orgnye walaupun bopren jejaka hot dipasaran
Dah tua2 nih, rupa acik2 bethollll deyols laki bini
Quote rosannazmia 26-11-2021 08:43 AM
Cayalah! Salute tu Mama Leona
Quote rosannazmia 26-11-2021 08:43 AM
wikedsaikel replied at 26-11-2021 05:52 AM
Pandu puteri patutlaaaa.
Dia mcm boys scout dalam movie Up.
Contohi lah kakak ni.

LOL. kannnzzzzzz
Quote lasagna 26-11-2021 08:47 AM
alaaaaa bideo tu berjalan jer.. tak nampak pun kata tolong selamatkan mangsa.
Quote limau_lemon 26-11-2021 08:53 AM
Old money tak perlu nak flex pon org tau dia kaya..
Quote AbukRokok 26-11-2021 09:05 AM
ingatkan ada buat superhero landing
Quote PinkyPie 26-11-2021 09:37 AM
Macam ni baru gaya pakai kereta plat mafia
Quote uda 26-11-2021 09:56 AM
lasagna replied at 26-11-2021 08:47 AM
alaaaaa bideo tu berjalan jer.. tak nampak pun kata tolong selamatkan mangsa.

Relax je berjalan.

Petutnya Kena lari  cepat2 and tolong keluarkan mangsa.
Quote hotmak 26-11-2021 10:00 AM
byk kereta lalu je kan takde berhenti nak tlg sama ke, yelah mesti dia fikir klu tak tolong, nanti menyesal, mujur selamat semuanya
Quote lasagna 26-11-2021 10:01 AM
uda replied at 26-11-2021 09:56 AM
Relax je berjalan.

Petutnya Kena lari  cepat2 and tolong keluarkan mangsa.

tu pesal dia jln 'ada gaya' ala2 wonder women. kalau iols disituasi tu, iols dah lari laju dah p tgk mangsa.
Quote Normabaru 26-11-2021 10:06 AM
Yang kaka nampak just seorang perempuan berjalan.. Xde nmpk apa2 misi menyelamat.. Ntah2 lepas tu dia dok tepi buntu xbuat apa sambil membawang tunggu ambulan.. Celah mana macam wonder woman?

Kalau betul nk menyelamat.. Dh berlari tanya are you ok? Bukan jalan acah tenang mcm tu..
Bbnu klu xtunjuk bodoh sehari xblh ke
Quote prince_marhaen 26-11-2021 10:43 AM
Kak Chemp memang sangat low profile tapi achievements merata ye...dah lah old money, kaya sejak azali tapi tak show off, dapat malaya hot stuff (dulu la hot), anak-anak helok genetiknya...cuma tak faham kenapa shuben beliau yang dulunya hot gila, cool, comel, skrg dah tak maintain, so serabut, gigi bersepat taik gigi, mami ke sana mami ke sini, heols fonen ke bermami mami bagai? meols is curiosssssityyy...
Quote edoraixora 26-11-2021 11:16 AM
Edited by edoraixora at 26-11-2021 11:17 AM

azhar yg dulu bukan azhar yg skrg
dulu sikit punya hensem....sekarang hmmmm







Quote aammyy 26-11-2021 11:30 AM
Tak boleh lari chuolls curam and selekoh tu.
Quote cikgojesss 26-11-2021 11:36 AM
edoraixora replied at 26-11-2021 11:16 AM
azhar yg dulu bukan azhar yg skrg
dulu sikit punya hensem....sekarang hmmmm

sedapnya bang jehar masa ni.. sekarang nampak agak berkaroh n ada ciri-ciri ketibas ketibus.. gigi pun siap berkarat bila bukak mulut je terus macam terbau-bau taik cicak
Quote MyLadyMarmalade 26-11-2021 11:38 AM
Tahniah for being a good citizen. Benda baik kita puji. Maybe sebab jalan tu selekoh x boleh lari kot kang terpeleot pulak yg nak tlg tu.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.069172 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top