CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Aku Balik Malam-Malam, Tu Yang Lama Tak Bangun Tengah Malam,"-Kartun Buat Alif Satar Sentap

25-11-2021 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5517| Komen: 20

Description: Alif Satar berkongsi di media sosial dengan akui bahawa dirinya pernah ‘jatuh’ dan tidak semuanya berjalan dengan indah.
Alif Satar berkongsi di media sosial  dengan akui bahawa dirinya pernah ‘jatuh’ dan tidak semuanya berjalan dengan indah.

Perkongsiannya itu disifatkan begitu mendalam, apatah lagi ia berkaitan dengan peringatan Sang Pencipta kepada hambanya yang selalu sibuk dengan duniawi.


Foto: IG

“Salam semua, kebanyakan masa kat platform ‘dunia tipu-tipu’ ni.. Alif banyak kongsi benda yang seronok-seronok saja. Tapi, wallahi.. Alif pun ada waktu macam korang juga, ada kala naik, ada juga masa turun.

Ni nak kongsi satu posting waktu Alif rakam suara petang tadi, sambil dok tunggu clearance skrip dari pengarah.


Alif scroll IG, ternampak posting yang betul-betul tangkap jiwa… Bukan kapsyen dia yang bagi impak, tapi lukisan kartun dia yang seolah-olah bagi Alif wake up call..





Aku ni balik malam-malam, tu yang lama tak bangun tengah malam.

Alhamdulillah terima kasih Allah kerana peringatan kecil Mu dan kerap mengingatkan.. Sebenarnya banyak tanda yang ada hari-hari untuk ingatkan kita, tapi hati kita buta tak nampak.

Semoga Allah SWT makbulkan doa kita semua untuk berjaya.. Di dunia dan di akhirat.. InsyaAllah..” Kongsinya.



Melihat perkongsian di Instagram penyanyi tersebut, ramai peminatnya berasa tersentuh dengan pesanan tersebut dan turut berterima kasih kepadanya.

Sekadar info,Alif kini sedang mengusahakan perniagaan berasaskan cendawan goreng yang dikenali sebagai Shroom. Menerusi perkongsian Alif di laman Instagramnya baru-baru ini, pelantun lagu ‘Cukup Indah’ ini tidak menyangka perniagaan yang diusahakannya itu mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga terpaksa menggunakan 10 tan cendawan tiram putih bagi menghasilkan cendawan goreng rangup sebulan. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 25-11-2021 12:52 PM
Hebat kalau popular. Produk launch je terus letop. Dulu sejadah harga yahudi pun laku. Now perfume tunggang pulak.
Quote KamikuP 25-11-2021 02:44 PM
Mana kartunnya?
Quote bondeh 25-11-2021 02:59 PM
meolls rasa heolls selamanya poyo sejak jaman gonjeng OIAM lagi ahaks
Quote cruz2 25-11-2021 04:21 PM
Iols agak kurang minat dh si alip ni.tak ubah2 pangai meloncat2 time jd host especially rancangan muzik2 tu. Bro, dulu2 zaman muda mudi okayla nk nmpk happening gitu.skrg tukar sikit la gaya tu seiring usia.
Quote CikYaYaYa 25-11-2021 11:28 PM
Dia nie iolss xder laa nk cercaaa sgt sebab diaa niee xder laaa sjenisss sukaa bt komtrobasii bodoe2 gittu..
Quote woven11 25-11-2021 11:52 PM
Alip ni kuat betul aura poyo dia
Quote Orix 25-11-2021 11:54 PM
Yes dia ni ada aura poyo. So far Malaysia belum ada lagi retis laki yg personaliti n aura menarik mcm nicholas saputra n ariel noah
Quote makadek 26-11-2021 01:47 AM
Aku pn tk nk cerca sgt
Sbb dia nampak bijak
Quote rbmy 26-11-2021 11:06 AM
Orix replied at 25-11-2021 11:54 PM
Yes dia ni ada aura poyo. So far Malaysia belum ada lagi retis laki yg personaliti n aura menarik mc ...

ARIEL nyumm
Quote mamajawie 26-11-2021 12:33 PM
dia ni aura poyo kuat..kelakar btul sbab suara dia sedap n lagu2 dia not bad..
Quote jasmeen 26-11-2021 02:52 PM
aku pulak suka dia ni.tak kisahla korang kata dia poyo
Quote ezacbee 26-11-2021 03:28 PM
Kartun pe?
Quote Kurex 26-11-2021 03:46 PM
Badan heols sedap
Quote xtravaganza 26-11-2021 06:50 PM
Minat gn dia ni..xtaw korang nmpk aura poyo tu kat mna. Lain mata lain pndgn la kot
Quote ladybugz 27-11-2021 03:05 AM
pernah jumpa waktu x la dia popular mcm skrg. die byk join event2. nampak dia jenis kuat sgt bekerja. time org lain berehat, malas nk layan org, dia masih lg boleh layan2 crew n tegur2 n senyum2 kat org yg dtg. nampak ramah n x sombong. bila buat apa2 event atas pentas u can see that he is one of the hardest working man on the stage. kdg2 mcmana la die boleh ade that kind of drive and energy all the time. seriously .
Quote Acikgomen 27-11-2021 07:32 AM
Acik jumpak heshe few times, tak perasan pulak aura poyo kat dia. Yg acik tau, dia mmg jenis kuat keja, commited sgt dgn job yg org bagi, and professional. Senang kira dgn dia ni. Kita tak payah serabut otak kalo assign dia utk apa2 sbb dia sendiri akan tanya kita and buat homework sendiri. Tapi rate dia mahai jugak hehehe, tapi berbaloi lah dgn cara keja dia

Agitewwwww acik memuji rentis pepagi hari
Quote Levespa 27-11-2021 07:50 AM
tak nampak poyo.. tapi nampak aura budak tertib good boy
Quote elnor_81 27-11-2021 07:58 AM
Dia ni zaman bapak dia keje ngan lpm dulu rajin join program. Jenis budak baik. Nampak poyo, tp x poyo pun. Klo ad program2 melibatkan famili mcm korban ke, ad la muka dia tlg. Dulu kuruih kering, xde lgsg aura penyanyi.
Quote Lula2 27-11-2021 08:05 AM
Acikgomen replied at 27-11-2021 07:32 AM
Acik jumpak heshe few times, tak perasan pulak aura poyo kat dia. Yg acik tau, dia mmg jenis kuat ke ...

Malaysian susah nak terima org yg ada attitude macam good2 ni. Padahal sebenarnya org tu self confident and self esteem tinggi dan sejenis all out. Itu yg dicop poyo.
Org keliling I pun ada jenis mcm ni. A tak suka B, tp bila I kerja dgn B, B ok je. Dan lg senang kerja sbb B sejenis confident dan buat kerja sungguh2.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.057378 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top