|
Georgetown: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengesahkan faktor kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini berpunca daripada cuaca dan hujan yang tidak menentu.
Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memaklumkan bekalan sayur-sayuran di pasaran negeri ini berkurangan serta berlaku kerosakan sayur-sayuran milik petani di Cameron Highland, Pahang. “Selain itu, bekalan sayur-sayuran import turut berkurangan ekoran negara pengeluar mengalami keadaan cuaca sejuk melampau serta kenaikan kos pengangkutan kontena dari negara asal. “Sehubungan itu, Seksyen Penguat Kuasa KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan dan menyerahkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) ke atas pengimport serta pemborong sayur bagi mendapatkan maklumat harga sayur-sayuran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa KPDNHEP dan FAMA menyelesaikan segera isu kenaikan berganda harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini. Ini berikutan harga sayur-sayuran kini meningkat sehingga mencecah 200 peratus sejak dua minggu lalu sehingga membebankan para peruncit di negeri ini. -CARI Sumber: Utusan Online
|




AbukRokok replied at 24-11-2021 12:39 PM
sbb tu china awal2 lagi suh rakyat dia stock up sayur
nak harap cameron je tanah terhad
kawasan tana ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.820157 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.