CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Merasai Kesakitan Seperti Manusia, Rebus Udang Galah Hidup-Hidup Boleh Dipenjara?

24-11-2021 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2200| Komen: 41

Description: London: Merebus udang karang secara hidup dalam air mendidih mungkin menyalahi undang-undang tidak lama lagi selepas satu kajian mendapati hidupan laut itu boleh merasai kesakitan seperti manusia.
London: Merebus udang karang secara hidup dalam air mendidih mungkin menyalahi undang-undang tidak lama lagi selepas satu kajian mendapati hidupan laut itu boleh merasai kesakitan seperti manusia.

Lapor Metro, kajian yang dilakukan oleh Sekolah Ekonomi dan Sains Politik London (LSE) mendapati terdapat bukti saintifik kukuh bahawa haiwan tersebut mempunyai kapasiti untuk mengalami kesakitan dan bahaya.

Ini bermakna haiwan berkenaan akan diiktiraf sebagai makhluk hidup dalam Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan yang bakal dibentangkan.

Foto: AFP

“Kajian itu amat jelas bahawa decapod dan cephalopod boleh merasakan kesakitan, jadi adalah wajar haiwan tersebut juga dilindungi dibawah undang-undang penting ini,” kata Menteri Kebajikan Haiwan, Lord Goldsmith.

Sehingga kini, hidupan laut decapod membabitkan ketam, udang galah dan udang karang serta cephalopod termasuk sotong dikecualikan daripada rang undang-undang berkenaan.

Ia dikecualikan walaupun haiwan tersebut mempunyai sistem saraf pusat kompleks yang dilihat sebagai salah satu ciri utama sentience atau keupayaan makhluk dapat merasa.

“Selepas mengkaji lebih 300 kajian saintifik, kami membuat kesimpulan moluska cephalopod dan krustasea decapod harus dianggap sebagai makhluk hidup.

“Oleh itu, haiwan ini juga harus dimasukkan dalam skop undang-undang kebajikan haiwan,” kata Profesor di Pusat Falsafah Sains Semula Jadi dan Sosial LSE, Dr. Jonathan Birch.

Susulan kajian ini, Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (DEFRA) akan membentangkan pindaan kepada rang undang-undang tersebut di Parlimen untuk mengiktiraf perubahan itu.

Menurut Birch, pindaan itu juga akan membantu menghapuskan sebarang percanggahan terhadap haiwan tersebut. 

“Sotong dan cephalopod lain dilindungi dalam sains selama bertahun-tahun namun setakat ini tidak pernah menerima sebarang perlindungan di luar sains,” katanya.-CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 23-11-2021 09:31 PM
Aku biasa dpt udang ketam hidup2
Tp basuh dulu ..siang2 idakla hidup2 rebus
Quote musangbodoh 23-11-2021 10:17 PM
sakit tu lebih kurang sama kot bila kena rendam dlm ais kering...mati kesejukan
Quote kemaruk 23-11-2021 10:20 PM
jadi sebelum bunuh kena bius dulu ke
Quote dani-rox 23-11-2021 10:21 PM
ai pernah terbaca, tumbuh2an mcm sayur tu sebenarnya 'menjerit' masa kita memotongnya - cuma telinga kita tak cukup bionik utk mendengar jeritan ittew
Quote sharlenetexas 23-11-2021 10:57 PM
Kat china makan hidup2.

Quote sharlenetexas 23-11-2021 10:58 PM
Sama mcm korea yg sumbat octopus hidup2 dlm mulut.

Quote Austronesian 24-11-2021 07:44 AM
Org2 mata pelik suka sgt masak haiwan laut hidup2
Quote Jitu 24-11-2021 08:10 AM
tu ikan sungai kat pasar mcm mana pulak
masa kita beli baru penjual tu ambik dr tong hidup2 pastu chop3
Quote AbukRokok 24-11-2021 09:13 AM
tggu alien trun makan ke bumi rebus manusia hidup2
Quote chazey 24-11-2021 09:15 AM
Tapi tak vaksin kalu bulih kasik berenti keja.

Talk cock la kau sana tentang kebajikan.
Quote Raline 24-11-2021 10:16 AM
kemaruk replied at 23-11-2021 10:20 PM
jadi sebelum bunuh kena bius dulu ke

kena lemas kan dlm akuriumn dlu
Quote sekngucing 24-11-2021 10:20 AM
Aku memang bunuh dlu ketam dan udang sebelum.masak
Quote clarizsa 24-11-2021 10:50 AM
Mm siput sedut pun i matikan dulu dgn cara letak dalam freezer semalaman
Quote clarizsa 24-11-2021 10:51 AM
Jitu replied at 24-11-2021 08:10 AM
tu ikan sungai kat pasar mcm mana pulak
masa kita beli baru penjual tu ambik dr tong hidup2 pastu c ...

I rasa itu mati dengan cepat dan tak terseksa mcm rebus hidup2
Quote TomyamPuteh 24-11-2021 10:53 AM
Aku akan bagi  cinta dan harapan palsu dekat lobster  lepas ni. Diorg akan kecewa dan lepas tu slow slow bunuh diri. Baru la aku masak diorg. Habis cerita.
Quote CARI-MRO 24-11-2021 11:23 AM
London: Merebus udang karang secara hidup dalam air mendidih mungkin menyalahi undang-undang tidak lama lagi selepas satu kajian mendapati hidupan laut itu boleh merasai kesakitan seperti manusia.

Lapor Metro, kajian yang dilakukan oleh Sekolah Ekonomi dan Sains Politik London (LSE) mendapati terdapat bukti saintifik kukuh bahawa haiwan tersebut mempunyai kapasiti untuk mengalami kesakitan dan bahaya.

Ini bermakna haiwan berkenaan akan diiktiraf sebagai makhluk hidup dalam Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan yang bakal dibentangkan.

Foto: AFP

“Kajian itu amat jelas bahawa decapod dan cephalopod boleh merasakan kesakitan, jadi adalah wajar haiwan tersebut juga dilindungi dibawah undang-undang penting ini,” kata Menteri Kebajikan Haiwan, Lord Goldsmith.

Sehingga kini, hidupan laut decapod membabitkan ketam, udang galah dan udang karang serta cephalopod termasuk sotong dikecualikan daripada rang undang-undang berkenaan.

Ia dikecualikan walaupun haiwan tersebut mempunyai sistem saraf pusat kompleks yang dilihat sebagai salah satu ciri utama sentience atau keupayaan makhluk dapat merasa.

“Selepas mengkaji lebih 300 kajian saintifik, kami membuat kesimpulan moluska cephalopod dan krustasea decapod harus dianggap sebagai makhluk hidup.

“Oleh itu, haiwan ini juga harus dimasukkan dalam skop undang-undang kebajikan haiwan,” kata Profesor di Pusat Falsafah Sains Semula Jadi dan Sosial LSE, Dr. Jonathan Birch.

Susulan kajian ini, Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (DEFRA) akan membentangkan pindaan kepada rang undang-undang tersebut di Parlimen untuk mengiktiraf perubahan itu.

Menurut Birch, pindaan itu juga akan membantu menghapuskan sebarang percanggahan terhadap haiwan tersebut.

“Sotong dan cephalopod lain dilindungi dalam sains selama bertahun-tahun namun setakat ini tidak pernah menerima sebarang perlindungan di luar sains,” katanya.-CARI

Sumber: Utusan
Quote uda 24-11-2021 11:53 AM
Sebab tu lah I akan freeze kan dulu lobster sebelum I rebus/masak. Kesian dan tak sanggup tenguk mata dia semasa dalam air panas.
Bila bawa balik aje, terus I masukkan dalam freezer.Beberapa jam kemudian baru buka untuk masak. Bila buka ni akan nampak banyak action lobster tersebut. Ada tangan kanan ke depan, tangan kiri ke depan.  Action nak lari dan keluar drp frezeer.

Btw, I beli lobster hidup semasa duduk di US dulu.
Quote uda 24-11-2021 11:56 AM

Quote Dwdrum 24-11-2021 11:59 AM
uda replied at 23-11-2021 07:56 PM
Sebab tu lah I akan freeze kan dulu lobster sebelum I rebus/masak. Kesian dan tak sanggup tenguk mat ...

Semua mati kan lobster cara sadis... Cara freezing them = dera.... Cara panas = dera... Slow death = dera.... So hit them 1 time lebih humane...

Lihat semua komen(41)

Kategori Berkaitan

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2021 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.084248 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top