CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Hati-Hati Makan, Ada Syarikat Letak DNA Babi Dalam Kek Bulan

25-11-2021 09:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1508| Komen: 62

Description: Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) mengesahkan produk makanan kek bulan keluaran syarikat Syarikat Port View Euro Bakery Sdn Bhd yang beroperasi di sini, tidak halal berikutan terdapat DNA ...
Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) mengesahkan produk makanan kek bulan keluaran syarikat Syarikat Port View Euro Bakery Sdn Bhd yang beroperasi di sini, tidak halal berikutan terdapat DNA babi yang dikenal pasti di dalamnya.


Setiausaha Muis, Ramlan Awang Ali dalam satu kenyataan media semalam berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah sudah melakukan pemantauan berikutan terdapat aduan dibuat mengenainya.


Gambar Hiasan, Foto:Rancaktv

Menurutnya, pemantauan terbabit dibuat pada 23 September selepas menerima aduan secara terhadap syarikat itu pada 16 September lalu.


"Muis menerima laporan secara bertulis itu pada 16 November dari pihak JHEAINS dan memanggil pihak Syarikat Port View Euro Bakery Sdn Bhd yang datang ke pejabat Muis pada 19 November lalu, bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu.

"Muis mendapati bahawa Sijil Halal syarikat itu sudah tamat tempoh pada 15 Mei dan syarikat itu mengakui kesilapan yang berlaku.

"Pihak kita berpandangan bahawa syarikat ini melakukan ketidakakuran syariah yang berkaitan dengan produk makanan kek bulan yang dikeluarkan oleh syarikat itu.

"Ini dibuktikan melalui keputusan ujian makmal dari Jabatan Kimia Malaysia, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bertarikh 1 November yang menyatakan keputusan analisa DNA haiwan bagi sampel produk Port View Moon Cake menunjukkan adanya DNA babi," katanya.

Mengulas lanjut, Ramlan berkata pihaknya memandang serius mengenai pelanggaran dan ketidakakuran syariah serta bertentangan dengan dasar syarak dalam produk makanan yang mempunyai DNA babi.

"Oleh itu, Muis mengambil tindakan dengan membekukan akuan permohonan pembaharuan syarikat ini dalam sistem MyeHalal dan menarik balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) syarikat ini.

"Sehubungan dengan penarik balik SPHM ini, syarikat ini adalah dilarang sama sekali menggunakan SPHM dan logo Halal Malaysia untuk sebarang tujuan perniagaan, publisiti atau lain-lain di dalam atau di luar premis atas nama syarikat ini.

"Muis juga menasihatkan semua pihak yang menggunakan sijil dan logo halal Malaysia supaya menjaga kepentingan serta sensitiviti masyarakat Islam dalam memastikan makanan, produk atau barang gunaan yang dikeluarkan sentiasa patuh syariah," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 25-11-2021 11:53 AM
Kat mana dia hambek DNA tonyok tuh? Dari ikan keli yg.dia pi tangkap selam dalam lubuk ka?
Quote kakikuDibibirmu 25-11-2021 11:54 AM
Inilah akibatnya kalu tak faham wahyu lahma khinzir
Quote Carcosa 25-11-2021 11:56 AM
Kuih bulan ni antara satu makanan yg aku tak teringin langsung nak try. Taktau knp. Sama mcm carrot yg digoreng2 tu. Ehh, carrot eh? Yg diorang buat mcm kuey teow tu
Quote ifanonline 25-11-2021 12:04 PM
cilaka punya cina babi
Quote musangbodoh 25-11-2021 12:06 PM
dah jelas company nie permainkan org islam...siyal
Quote dodolgemok 25-11-2021 12:11 PM
Gigih sgat ke kampeni tu nak tepek dna babi situ semata2 nak mengelirukan ummah? Ntah2 kena frame jah dgan siapa2 yg cemburu kejayaan ummah.
Quote kakikuDibibirmu 25-11-2021 12:26 PM
Agak-agak parti bulan makan tak kuih bulan berintikan penyu?
Quote kakikuDibibirmu 25-11-2021 12:28 PM
Dengan kuasa bulan, akan menghukum mu!

[youtube]vyDfm86n8i8[/youtube]

http://youtu.be/vyDfm86n8i8

maaf ku tak pernah berterus terang
bukan ku tak mempercayaimu
namun sebelum kuberganti rupa
ingin aku menemuimu

ku kan bermandi cahaya bulan
yang cemerlang di malam yang cerah
memang telah lama kurasakan
ingin menolong yang lemah

tiba-tiba keajaiban terjadi
kekuatan muncul di diri

untuk melawan semua kejahatan
kekuatanku harus digunakan
menegakkan segala kebenaran
ini keajaiban alam
aku mempercayainya
ini keajaiban alam...

Quote elnor_81 25-11-2021 12:32 PM
Aku mkn mooncake ni..biasa bli sebijik je. Sbb sebijik blh mkn berhari2. Manih leting!biasa bli bakers cottage. Tp tu pun x abis sebijik. Kadar kemanisan mmg ptg kaki la..

Mmg mooncake asalnya manis sgt ke?
Quote kakikuDibibirmu 25-11-2021 12:32 PM
Bulan:

SailorMoonSeason1.jpg
Quote naina 25-11-2021 12:36 PM
Tak pernah makan. Ni kuih tradisional orang Cina kan. Iols tengah prepair kuih ketayap original warna daun pandai 3 helai sedap boleh ejas manis, wangi dan kuantiti. Hehe
Quote sekngucing 25-11-2021 12:40 PM
elnor_81 replied at 25-11-2021 12:32 PM
Aku mkn mooncake ni..biasa bli sebijik je. Sbb sebijik blh mkn berhari2. Manih leting!biasa bli bake ...

Iols biasa beli yg kecil2 tu jaa..kurang manis..yg besar tu memang manis sangat laa
Quote sekngucing 25-11-2021 12:42 PM
kakikuDibibirmu replied at 25-11-2021 12:28 PM
Dengan kuasa bulan, akan menghukum mu!

  

Ini lagu indon..mana ada versi bm..dlu2 main di tv2 tahun 2000.iols.ingat betul2 .tu lagu versi bm

Sailoormoon di tayang di tv2 pkul 9 pagi hari sabtu
Quote salimrock 25-11-2021 01:04 PM
melayu ni pantang betul makan babi,

biar meman tat kt golok, betong pn, tapi makan babi tidak sekali..

nak makan kena cari restoran siam halal..

biar makan rasuah jgn makan babi...

aku ada kenal orang melayu minum arak, isap dadah, main pompuan, main judi, pergi bomoh minta pelaris jualan...


tp takde yg makan babi...


tahniah melayu,
Quote missus_meow 25-11-2021 02:07 PM
penah makan mooncake - not a favourite. kwn2 cina pon tak berapa minat. manis sgt.
Quote yellowsky 25-11-2021 08:39 PM
moon cake manis ya ampun, pastu inti kuning telur masin tak leh telan aku.
Quote sharlenetexas 25-11-2021 08:48 PM
Sebab tu aku tak beli kuih bulan. Pastu rasa tak sedap. Harapkan mahal. Ada yg beli sebab nak kumpul tin.
Quote kaedahnya 26-11-2021 07:09 AM
pernah makan yang colleague bagi untuk rasa. kuih bulan saiz 1/2 tapak tangan pun kami kena share 4 orang sebab kuih ni jenih padat.
Quote umbut 26-11-2021 07:47 AM
Pernah makan. Ok done makan. Rasa kuih pekat

Lihat semua komen(62)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2021 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.072880 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top