Oregon – Seekor kucing di Oregon, Amerika Syarikat mungkin menerima gelaran kucing paling tua di dunia oleh Guinness World Records selepas pemiliknya mendapati ia sebenarnya berusia dua tahun lebih tua berbanding kucing yang memegang gelaran itu ketika ini, lapor agensi United Press International.
Charly Briggs berkata, rakan-rakannya mencadangkan supaya dia menghubungi Guinness World Records selepas mendapati kucingnya, Samm yang berusia 26 tahun itu mungkin merupakan kucing paling tua di dunia. “Saya bertanya kepada Guinness dan mereka memaklumkan bahawa kucing paling tua di dunia ketika ini berusia 24 tahun.
“Saya kemudian memberitahu rakan-rakan-rakan di media sosial bahawa Samm boleh memenangi gelaran kucing tertua di dunia kerana ia berusia 26 tahun,” katanya. Menurut Briggs, Samm merupakan kucing jalanan yang ditemui di Memphis pada 2002 dan dibelanya. Pegawai veterinar telah mengesahkan kucing itu berusia 26 tahun dan memiliki kesihatan yang baik. Guinness menyenaraikan seekor kucing dari Texas, Creme Puff sebagai kucing paling tua dalam sejarah kerana hidup selama 38 tahun dan 3 hari. – CARI Sumber: Kosmo
|
Pegawai veterinar telah mengesahkan kucing itu berusia 26 tahun dan memiliki kesihatan yang baik.
ezacbee replied at 24-11-2021 02:24 PM
Kucing aku umo 11thn pun asyik tido je. Badan dah gemok. Nak berjalan pun malas.
KIM.K replied at 24-11-2021 02:30 PM
Aku suke komen kat fb2 grup kucing komen2 terencat. 'Dak oyeen..' 'Semekom' 'Somotnye muke'
Dah kom ...
ADVERTISEMENT