CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mengaku Dewa, Nak Lawan Presiden

24-11-2021 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1668| Komen: 12

Description: Jakarta – Seorang lelaki yang mengakui dirinya merupakan seorang dewa menjadi tular di media sosial kerana mengaku mahu menentang Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), lapor laman berita Suara.co ...
Jakarta – Seorang lelaki yang mengakui dirinya merupakan seorang dewa menjadi tular di media sosial kerana mengaku mahu menentang Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), lapor laman berita Suara.com. 


Video pengakuan lelaki itu dimuat naik oleh akaun Twitter @emile_guys dan sudah ditonton lebih 920,000 kali. 

“Dewa yang wujud sebagai manusia dan mahu jadi terkenal,” demikian kenyataan yang dimuat naik oleh akaun itu. 



Foto: Twitter

Dalam video tu, lelaki tersebut mengakui dirinya merupakan seorang dewa dan berkata bahawa Jokowi tidak sepatutnya menjadi presiden. 


“Saya merupakan seorang dewa yang wujud sebagai manusia dan mahu mengingatkan semua bahawa Jokowi tidak layak menjadi presiden,” katanya yang mendakwa Jokowi tidak pandai mengawal pandemik Covid-19. 

Malah, dia membandingkan dirinya dengan presiden itu dengan mengatakan dia merupakan juara pertandingan berenang dan bersara pada usia 37 tahun dalam keadaan kaya raya. 

Dia turut mengakui dibayar sebanyak satu bilion rupiah (RM294,092 juta) sehari dan mempunyai rumah dan pejabat di Singapura. 

Netizen kemudian membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pendapat. 

“Tolong periksa harta lelaki ini, “ komen seorang netizen. 

“Mungkin lelaki ini ‘dewa judi’ di mana perniagaannya terkesan oleh polis kerajaan, “ komen seorang netizen lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Friska 24-11-2021 10:37 AM
Berita ndak penting Bang CARI-MRO
Quote Skuau 24-11-2021 11:16 AM
Friska replied at 24-11-2021 10:37 AM
Berita ndak penting Bang CARI-MRO

kok gitu???
Quote salimrock 24-11-2021 11:47 AM
Dewa Hyang ke?

p/s ada orang islam percaya jgn guna istilah sembahyang ( sembah hyang ) dewa hyang mmg wujud dlm kepercayaan indon lama, boleh guna solat atau sembahye, ( ore klate sebut ) takde dewa ye dlm manuskript,

tp kalo sebut sembahyang tp niat Sembah Allah, takpe kot...Allah maha pengampun
Quote kakikuDibibirmu 24-11-2021 11:51 AM
Inilah akibatnya sebab sembah-Hyang ke arah dewa di ka-Hyang-an (baca Arasy)
Quote DayangKirana 24-11-2021 03:10 PM
gitchewwwww...selambak...
kalau dikata Dewa dapor, iols percaya..
Quote sharlenetexas 24-11-2021 03:12 PM
Dewa remaja dewi remaja.

Quote batmana 24-11-2021 03:16 PM
Sakit mental ni
Quote CiliPadiSedap 24-11-2021 07:48 PM
friska kenapa kok gitu jadi dewa dewi
Quote Tinot7 24-11-2021 07:57 PM
tak dpt cari

Video pengakuan lelaki itu dimuat naik oleh akaun Twitter @emile_guys dan sudah ditonton lebih 920,000 kali.
Quote helicornia 24-11-2021 09:51 PM
Penting ke berita sampah dr indon mcm ni
Quote Ayda89 25-11-2021 12:44 AM
Apebenda ni. Nyesal baca
Quote buragazz 25-11-2021 02:15 PM

Dewa Kertu dik.. kuasa yang dimiliki pun tak power which is boleh membuat yang memandangnya berasa mual.. (Sebab ko tgk gambau pun loya)..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.043706 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top