Baharu berusia tiga tahun, kaletah lucu anak pelakon Datin Niena Baharun iaitu Adiel Mikael yang gemar belajar mengaji al-Quran pada lewat malam cukup mencuit hati.
Niena atau nama sebenarnya Amaniena Baharun, 28, memberitahu anak sulungnya itu sanggup menahan mata hanya kerana ingin mengaji. "Dia buat perangai tidak mahu tidur, sebaliknya hendak mengaji pukul 12 tengah malam. Walaupun dah suruh masuk tidur namun dia tetap degil nak mengaji. "Akhirnya, saya pun melayan dia mengaji biarpun sudah tengah malam dan sudah lepas waktu tidurnya. Tiba-tiba mainan yang dipegang sambil mengaji terjatuh sebab dah mengantuk.
"Tapi tetap tidak tahu sama ada nak teruskan mengaji atau mengutip mainannya yang jatuh itu," kata pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku itu.
|
ADVERTISEMENT