Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini memberi respons di Instagram story mengenai isu yang dipertikaikan mengenai kekayaan dimiliki Kelab Bola Sepak JDT.
Menurut perkongsian di Instagram Story, baginda menyatakan ada pihak mendakwa seolah-olah Kelab Bola Sepak JDT menjadi kaya kerana mengaut projek-projek di Johor. Tunku Ismail juga turut menyatakan bahawa Keluarga Diraja Johor berniaga semenjak 1897 dan keluarga baginda bukan baru sahaja menjadi kaya hasil daripada mengaut duit kerajaan dan duit rakyat.
Tambahnya lagi, Kelab Bola Sepak JDT merupakan kelab paling berjaya dalam negara sejak sembilan tahun kebelakangan ini dan bukanlah kelab yang memberi janji manis serta mengambil duit kerajaan. Baginda juga menyatakan peruntukan yang diberikan kepada sesebuah kelab sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat Selangor dan juga rakyat. Baginda juga turut memberi nasihat kepada pucuk pimpinan dan seluruh pengurusan kelab Bola Sepak Selangor untuk meletak jawatan segera kerana tiada pencapaian yang dicapai kelab itu sejak enam tahun. Tambah baginda, baginya tidak perlu menyeru penyokong untuk bersatu memberi sokongan sedangkan pimpinan dan pengurusan kelab tersebut adalah punca kegagalan kelab. Sumber: Murai
|
Simunggu replied at 22-11-2021 11:04 AM
Sabah tetap miskin walaupun MINYAK & GAS kami punya
Simunggu replied at 22-11-2021 11:04 AM
Sabah tetap miskin walaupun MINYAK & GAS kami punya
Skuau replied at 22-11-2021 11:53 AM
sapa suh....MENANG SORAK..MINYAK & GAS TERGADAI...
Simunggu replied at 22-11-2021 11:04 AM
Sabah tetap miskin walaupun MINYAK & GAS kami punya
Simunggu replied at 22-11-2021 11:04 AM
Sabah tetap miskin walaupun MINYAK & GAS kami punya
ADVERTISEMENT