CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pijak Anak Jagaan Umur 2 Tahun Sampai Mati

18-11-2021 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4032| Komen: 28

Rompin: Seorang pekerja pasar raya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rompin di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang di bawah jagaannya pada minggu lalu.


Tertuduh, Mohd Noor Ab Manap, 31, yang berasal dari Kampung Kasing, Endau mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Mohd Noor didakwa dengan niat membunuh kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Adam di sebuah rumah di Kampung Janglau di sini kira-kira jam 2 pagi, 11 November lalu.

Foto: Kosmo

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhalimatun Saadiah Abdullah, sementara tertuduh diwakili peguam, Ahmad Deniel Roslan.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 20 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Dalam kejadian itu, tertuduh dipercayai memijak mangsa pada bahagian perut sebanyak dua kali sehingga menyebabkan kanak-kanak itu meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar sebelum ini berkata, tertuduh kemudian membawa mangsa yang tidak sedarkan diri ke Hospital Rompin.

Pihak hospital kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi pada hari kejadian. -CARI

Sumber: Awani

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xy_daen 18-11-2021 01:11 PM
Taik dadah?
Quote Samerosie 18-11-2021 01:15 PM
Harap2 dalam jel tu pesalah lain tahu dia pijak budak sampai mati so derang boleh belasah dia cukup2 juga.
Quote noor2 18-11-2021 01:17 PM
Stress gila aku dlm beberapa hari ni baca ramai kanak2 mati..
Yg ni kena pijak pulak
Quote Samerosie 18-11-2021 01:21 PM
Biasalah, bila satu keluar, tiba2 minggu tu atau bulan tu semua cerita lebih kurang.
Quote zehra2 18-11-2021 01:41 PM
babibettol.kenapalahtak kena covid
Quote cha-cha 18-11-2021 02:01 PM
Wtf. Pijak perut budak 2 tahun!!!! Dua kali!!!! Setan.
Quote sukacactus 18-11-2021 02:05 PM
Dah la bukan ank dia pun, sukati je pijak2 ank org
Quote akuchenta 18-11-2021 02:11 PM
2 pagi?
Mana ibu bapa budak ni?

Kesiannya!
Quote sayawifenikmie 18-11-2021 02:27 PM
cerita tak habis
macam mana budak tu boleh berada di dalam jagaan dia ?
Quote KirazMevsimi 18-11-2021 02:36 PM
kau dah kenapaaaaaaaaa
Quote Mikaella 18-11-2021 03:20 PM
meletop usus perut budak tu kau pijak. bagus kau kena gantung. tapi aku sedih kenapa budak tu boleh berada bawah jagaan dia. kalau tak, masih hidup kanak-kanak ni
Quote makadek 18-11-2021 03:24 PM
Aduhaiiii ...knpa bakal2 peneraju negara
Di ambil nyawa terlalu awal
Quote jazaa100 18-11-2021 03:26 PM
Aku suka layan budak umor 2thn ....lagi lagi lelaki....dgn lasak dia...dgn manja pun iya....

Apa lah budak umor 2thn faham.....
Quote sue_liah 18-11-2021 03:53 PM
geramnya aku baca cerita2 macam ni..baya anak aku je

mmg tgh melasak nakal..tgh nakal2 tu aku peluk cium2 je tak la nak lepuk pijak bagi mampus

dasar setan punya perangai
Quote naina 18-11-2021 03:55 PM
Beriya sungguh marah budak sampai pijak sungguh2. Apalah daya budak tu
Quote bondeh 18-11-2021 04:26 PM
matikau matikau matikau kaubabi kaubabi kaubabi GO TO HELL!!!!!!!!!!!!!!!
Quote nononcrux 18-11-2021 04:44 PM
bagus la mati, pupus sekali perangai binatang tu
Quote me12345 18-11-2021 05:28 PM
Dadah la ni....
Quote dekmieDandy 18-11-2021 05:31 PM
pengasuh ke??? camna dia boleh jadi pengasuh?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.066705 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top