Wanita yang disyaki mencuri, diarak sekeliling pasar dengan dipakaikan plakad tertulis ‘saya pencuri’.
Berdasarkan video tular itu, wanita berbaju merah dan berseluar pendek berkenaan dibawa mengelilingi kawasan pasar di Medan dengan kedua-dua tangannya diikat. Di sebelah wanita itu, terdapat seorang lelaki berbaju putih mendesaknya supaya mengakui kesalahannya. “Kau jangan nangis! Beritahu sahaja apa yang kau sudah lakukan, beritahu apa yang kau curi,” tengking lelaki tersebut.
Tidak lama selepas itu, wanita berkenaan mengaku salah dan menyesali perbuatannya. “Saya mengaku salah. Saya pencuri, tolong maafkan saya,” ujar wanita itu sambil menangis. Video itu mendapat reaksi pelbagai pihak dan kebanyakannya menzahirkan rasa simpati. ‘Jika benar wanita itu mencuri, lihat dulu latar belakangnya, mungkin dia benar-benar terdesak dan susah,’ tulis seorang pengguna media sosial. Seorang lagi pengguna media sosial menulis ‘kenapa perlu hukum dia sebegitu? sepatutnya serahkan kepada pihak berkuasa’. Menurut pengurusan pasar Medan, wanita itu didakwa mencuri beg tangan di sebuah kedai pada 5 November lalu. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT