CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1387|Reply: 2

"Saya Maling" - Tangan Diikat, Wanita Dituduh Mencuri Diarak Satu Pasar

[Copy link]
Post time 17-11-2021 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Wanita yang disyaki mencuri, diarak sekeliling pasar dengan dipakaikan plakad tertulis ‘saya pencuri’.


Berdasarkan video tular itu, wanita berbaju merah dan berseluar pendek berkenaan dibawa mengelilingi kawasan pasar di Medan dengan kedua-dua tangannya diikat.








Di sebelah wanita itu, terdapat seorang lelaki berbaju putih mendesaknya supaya mengakui kesalahannya.


“Kau jangan nangis! Beritahu sahaja apa yang kau sudah lakukan, beritahu apa yang kau curi,” tengking lelaki tersebut.


Tidak lama selepas itu, wanita berkenaan mengaku salah dan menyesali perbuatannya.


“Saya mengaku salah. Saya pencuri, tolong maafkan saya,” ujar wanita itu sambil menangis.


Video itu mendapat reaksi pelbagai pihak dan kebanyakannya menzahirkan rasa simpati.


‘Jika benar wanita itu mencuri, lihat dulu latar belakangnya, mungkin dia benar-benar terdesak dan susah,’ tulis seorang pengguna media sosial.


Seorang lagi pengguna media sosial menulis ‘kenapa perlu hukum dia sebegitu? sepatutnya serahkan kepada pihak berkuasa’.


Menurut pengurusan pasar Medan, wanita itu didakwa mencuri beg tangan di sebuah kedai pada 5 November lalu.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 06:51 PM | Show all posts
saya madu jusa c minus - mbak friski friska hello dora and friends
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
bila nak buat kat Msia...'gue PATI'.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.331143 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list