CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Campak Duit Sebab Bengang Polis Pujuk Anak Guam Tak Guna Khidmat Guaman

17-11-2021 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2083| Komen: 1

Seorang peguam bertindak mencampak wang berjumlah 40 juta rupiah (RM11,719) di hadapan balai polis Banyuwangi dalam satu kejadian, baru-baru ini.


Peguam dikenali sebagai Nanang Slamet itu memberitahu, dia berbuat demikian kerana kecewa dengan seorang pegawai polis yang memujuk anak guamnya supaya tidak menggunakan khidmat guaman.



Berdasarkan video yang tular, Nanang dilihat mencampakkan sejumlah wang di hadapan balai polis tersebut sambil menjerit nama pegawai polis terbabit, Kanit Reskrim.

“Adakah gaji yang diberikan kerajaan kepada polis sedikit sangat? Ambillah duit dari anak guam saya ini. Silakan ambil,” kata Nanang dalam video tersebut.


Jelas peguam itu, duit yang ditaburnya itu merupakan duit yang dibayar anak guamnya.

“Saya ditugaskan untuk bantu seorang lelaki yang didakwa terlibat dalam jenayah, namun selepas beberapa minggu, ada pegawai polis memujuknya supaya tidak menggunakan khidmat guaman.

“Kenapa hal ini berlaku? Bukankah polis dan peguam perlu saling bekerjasama untuk tegakkan keadilan?” Soalnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerwind 17-11-2021 06:11 PM
Nama klasik siot...kanit eskrim


Kahkahkahkahkah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.033049 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top