CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerja Cuci Kereta, Rupanya Ketua Sindiket Dadah

17-11-2021 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2450| Komen: 4

Description: Georgetown: Seorang pekerja pusat cuci kereta yang dipercayai bertindak sebagai ketua sindiket pengedaran dadah di negeri ini ditahan polis dalam satu serbuan di Seberang Jaya, dekat sini, Ahad lalu.
Georgetown: Seorang pekerja pusat cuci kereta yang dipercayai bertindak sebagai ketua sindiket pengedaran dadah di negeri ini ditahan polis dalam satu serbuan di  Seberang Jaya, dekat sini, Ahad lalu. 


Dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari hingga 2 petang itu, polis  merampas pelbagai jenis dadah seberat lebih 27 kilogram (kg) antaranya ganja, syabu dan heroin base bernilai kira-kira RM146,774. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 37 tahun tersebut dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah jenis ganja, syabu dan heroin untuk pasaran tempatan ditahan di kawasan letak kereta. 


Foto: Utusan Online


Katanya, ketika ditahan polis turut merampas dadah jenis ganja seberat 6.4 kg yang dianggarkan bernilai RM15,000 disimpan dalam sebuah kereta jenis Myvi. 

“Susulan penangkapan suspek, polis menyerbu sebuah rumah yang disewa suspek di kawasan flat kos rendah di Seberang Jaya. 

“Di rumah itu, polis menemukan 12 ketulan ganja seberat 12.4 kilogram, tiga paket syabu (1.8 kg), satu ketulan heroin base (375 gram) dan serbuk kafein (6.6 kg) yang mana nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM146,774,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini. 

Menurut beliau, suspek berkenaan dipercayai bergiat aktif mengedar dadah sejak awal Jun lalu dan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 72,000 penagih. 

“Suspek dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada rangkaian sindiket tempatan. Dia yang bertindak sebagai ketua sindiket akan mengedarkan dadah berkenaan kepada pembeli di negeri ini,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Onlinea

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 17-11-2021 01:52 PM
korang selalu dengar berita kerani cabuk kena macau scam sampai 500k kan

kerani tu kerja part time dia je
Quote Simunggu 17-11-2021 01:57 PM
gadis polis tu nampak mcm cun lah....
Quote nononcrux 17-11-2021 02:50 PM
money laudrey, kdg byk je kedai kedai cina yang jual barang outdated stock plus kosong buruk.. still maju jaya
Quote mclaren 17-11-2021 06:47 PM
Simunggu: gadis polis tu nampak mcm cun  ...


Baru nak cakap .... he he

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.071973 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top