CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Untung Nasib Pencuri Tuan Kedai Berhati Mulia Bagi Wang Belanja

16-11-2021 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2879| Komen: 12

Polis menahan seorang wanita bersama anaknya yang masih kecil selepas dia didapati mencuri sejumlah duit milik pengusaha kedai beras di Mustikajaya di Bekasi, baru-baru ini.


Jurucakap polis, Ahmad Harianto berkata, tangkapan itu dibuat selepas kegiatan jenayah berkenaan dirakam kamera litar tertutup yang diletakkan di premis tersebut.


Tangkap layar rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan seorang wanita pecah masuk kedai beras di Bekasi, Indonesia.

Rakaman itu menunjukkan suspek mendukung anaknya dan memecah masuk ke kedai beras tersebut ketika tuannya tertidur.


Suspek yang memakai baju biru itu juga dilihat seperti ketakutan ketika mengambil sejumlah duit yang diletakkan dalam beg plastik.

“Wanita itu ditahan oleh pemilik kedai di sebuah pasar sebelum dibawa ke balai polis.

“Suspek mengakui perbuatannya dan memohon maaf kepada tuan kedai beras itu. Dia juga memaklumkan terpaksa mencuri kerana desakan hidup,” katanya.

Jelas Harianto, pemilik kedai beras itu kemudiannya memaafkan wanita tersebut dan menasihatinya supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Katanya, lebih mengharukan, pemilik kedai beras itu bukan sahaja tidak mahu wanita itu dikenakan tindakan undang-undang, malah dia juga diberi sedikit wang untuk meneruskan kehidupan.

“Pemilik kedai beras itu berasa simpati melihat keadaan wanita itu bersama anaknya.

“Sehubungan itu, dia memberikan sedikit wang kepada mereka untuk membeli barangan keperluan,” ujar Harianto.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 16-11-2021 03:32 PM
di sebalik setiap indonesia masih ada hati mulia ( kecuali friska) ( ko tak payah nak reply komen ni nanti kena lepuk kepala dengan hantu kopek vokuru, pergi gentel telur tok laki jusa c minus)
Quote makadek 16-11-2021 03:35 PM
CiliPadiSedap replied at 16-11-2021 03:32 PM
di sebalik setiap indonesia masih ada hati mulia ( kecuali friska) ( ko tak payah nak reply komen ni ...

Benci btol ko ngan friska
Quote makadek 16-11-2021 03:36 PM
Yindokk ni dtg malaysia habis tarah tanah kita
Sikit2 dia beli

Org kita pn bangang ya rabbi sggp jual tanah kt org luar .tolol
Quote Mulotkoyak 16-11-2021 03:40 PM
makadek: Yindokk ni dtg malaysia habis  ...

Btol tu diorg byk je kat selayang,  gombak, batu cave klang and sg buloh.
Quote CiliPadiSedap 16-11-2021 04:27 PM
Mulotkoyak replied at 16-11-2021 03:40 PM
Btol tu diorg byk je kat selayang,  gombak, batu cave klang and sg buloh.

kt hulu langat tu habis tanah jd penempatan dia orang. banyak2 negeri kaka suka kt malaysia ni kelantan sbb xde masalah bangla dan indon sangat. berbeza negeri lain .
Quote Babai 16-11-2021 04:35 PM
Trick pencuri nak suruh orang kesian kalau terkantoi.
Quote edayildiz 16-11-2021 10:01 PM
Dia juga memaklumkan terpaksa mencuri kerana desakan hidup

yeke desakan hidup? org kalau xbiasa mencuri takkan mencuri la  rasanya..
Quote Jitu 16-11-2021 10:16 PM
edayildiz replied at 16-11-2021 10:01 PM
Dia juga memaklumkan terpaksa mencuri kerana desakan hidup

yeke desakan hidup? org kalau xbiasa men ...

awak pernah terdesak dlm hidup ?
sy pernah dgn lapar pastu duit dah kering
nak balik kerja naik bas rapid kl tambang seringgit masa tu pun dah tak lepas
mintak tolong dgn kawan bkn nak tolong pun last2 balik jalan kaki

Alhamdulillah mlm tu kawan yg berhutang bayar hutang
ni pengalaman lama dah cuma tak dpt nak lupa

bila dah terdesak sangat ni mmg tak pikir sangat dah janji perut kenyang je
tp sy tak lah smpi buat benda yg bukan2




Quote Carcosa 16-11-2021 10:20 PM
Macam emmmm..
Kalau dia curi beras, meols lebih kesian kot. Sbb nampaklah terdesak dan lapo dan utk anak mkn.
Kalau curi duit, feeling kesian tu mcm tak sampei
Quote Queenmastani 17-11-2021 03:46 AM
CiliPadiSedap replied at 16-11-2021 03:32 PM
di sebalik setiap indonesia masih ada hati mulia ( kecuali friska) ( ko tak payah nak reply komen ni ...

Ko mg lawak la..aku baca je komen ko psl friskies tu ..tergelak aku sorang2
Quote Tinot7 17-11-2021 04:38 AM
Carcosa replied at 16-11-2021 10:20 PM
Macam emmmm..
Kalau dia curi beras, meols lebih kesian kot. Sbb nampaklah terdesak dan lapo dan utk  ...

kalau dlm tuh paket beras jenis 1kg, logik kot nak curi sbb org tak nampak tapi kalau semua rata2 jenis 5kg, tak rasa minah ni akan curi sbb jelas dia kena bawak guni beras. plus, musti dia pikiaq tokey beras tak tersepit jaman pandemik nih sbb org mmg kena beli beras nak makan nasi.

iols husnuzon jahh sbb mungkin dia nak pakai duit utk menda2 lain juga bkn setakat makan jahh.
Quote doubleharmonic 17-11-2021 06:39 AM
nampak menakutkan jah tangga tu? dah la tak lebar mana muat2 untuk sorang jah nak naik turun?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.089255 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top