"Masa tu atuk dia nak keringkan lantai sebab nenek dia orang mop lantai jadi atuk hidupkan blower.
"Dia orang ni tak pernah nampak, biasa la budak-budak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) jadi dia main dengan sepupu dia, dia duk acah-acah masukkan tangan, masukkan kaki jadi saya dah tegur, sebelum ke dapur saya cakap Yayang jangan main macam tu," katanya.
Ketika di dapur Cikgu Ayu tiba-tiba terdengar bunyi seakan-akan ada benda tersedut.
"Saya dengar bunyi 'zuup' macam benda tersedut jadi saya jerit dari dapur saya cakap Yayang main apa tu?.
"Bila saya keluar saya tengok dia dekat pangkuan nenek dia dah. Saya ni mak, biasa la saya pukul dia tapi bukan pukul beria cuma sebab geram.
"Masa tu mak saya kata jangan pukul tengok kaki dia berdarah, terus saya jadi blur, saya tak menangis, tapi saya tak tahu apa nak buat," katanya yang menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Jelas Cikgu Ayu dia yang pada masa itu pulang ke Kelantan untuk berpantang anak ketiganya, kemudian membawa Aira ke Hospital Kubang Kerian.
"Saya masa tu baru lepas pantang jadi tak boleh nak dukung dia, sepupu dia yang tolong dukung dia ke hospital.
"Doktor X-ray kaki dia doktor kata nasib baik tak kena tulang atau saluran darah kalau tak kaki dia kena potong... Alhamdullilah.
"Tiga jari dia cedera, ibu jari terbelah lepas tu dua lagi tu macam kulit terkupas, jadi esoknya doktor bawa masuk bilik pembedahan jahit semula jari kaki dia... ada dalam lima atau enam jahitan dia kena," katanya.
Menurut Cikgu Ayu, kaki Aira kini semakin pulih namun dugaan buat anaknya itu tidak hanya berhenti di situ.
"Seminggu selepas dia keluar wad pasal kaki dia, dia masuk Hospital Kota Bharu pula sebab terkena campak dan dia alah kepada ubat.
"Memang anak yang kedua ni ujian dia banyak sikit, sebelum ni dia pernah masuk mStar juga sebab dia main slime habis melekat dekat rambut," katanya.
Menurut Cikgu Ayu, kejadian yang menimpa Aira menyebabkan bapanya membuat keputusan untuk menyimpan terus blower tersebut.
"Memang tak akan bawa keluar dah, atuk rasa bersalah jadi dia tutup," katanya.
Sumber: mStar