Sehari selepas kekasih menang Anugerah Bintang Paling Popular BH ke-34 (ABPBH34), Dini Schatzmann masuk hospital sebab demam dan jangkitan kuman.
"Saya dah demam sejak beberapa hari lalu... sudah buat beberapa kali ujian Covid-19 dan semua keputusan negatif. "Pada Ahad saya pergi hospital dan doktor dapati ada jangkitan bakteria. Jadi sekarang ni saya sedang berehat dan dapatkan rawatan di hospital. "Sebelum ini saya ada banyak penggambaran outdoor, mungkin sebab cuaca saya jatuh sakit. Doktor bagi ubat drip dan Alhamdulillah keadaan semakin baik," katanya kepada mStar.
Di Instagram, Janna sempat berkongsi gambar tangan kekasih tercinta yang sedang terbaring. "Poor baby Dini Schatzmann," tulis Janna. Sementara itu Dini sempat mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan kesihatannya.
|
SpyLeman replied at 15-11-2021 04:08 PM
Habis tu, yg tumpahkan teh kunun deyols dah kawin tu betul la ek? Si Dini tu dah mula pening2, pemba ...
ADVERTISEMENT