CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Umur Cecah "5 Series" Tapi Body Kalah Anak Dara! Nasha Aziz Jadi Perhatian Di KLFW 2021

11-11-2021 10:09 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 28980| Komen: 188





Aktres dan model jelita, Nasha Aziz, masih mengekalkan kejelitaannya sejak era 90-an lagi walaupun kini umurnya sudah mencecah 50 tahun.

Namun tidak seperti pelakon lain, Nasha dilihat jarang mengemaskini laman sosialnya sekaligus membuatkan ramai peminat sentiasa menantikan perkembangan terbaharu mengenai dirinya.

Disebabkan itu, setiap kali Nasha membuat kemunculan umum bagi memenuhi undangan ke majlis-majlis glamor pasti akan menjadi bualan ramai.


Baru-baru ini, pengguna TikTok ada berkongsi video mengenai satu acara peragaan fesyen yang dilangsungkan selama 1 minggu di pusat beli belah ternama Kuala Lumpur. Dikenali sebagai Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (KLFW 21), ramai artis dan personaliti terkenal seperti Dato Siti Nurhaliza dan Azfar Heri turut hadir menyokong hasil tangan para pereka fesyen tempatan.

Sepanjang majlis itu berlangsung, peragaan hari terakhir ternyata telah menarik perhatian netizen apabila tibanya giliran pakaian direka oleh Rizman Ruzaini dipamerkan.

Pereka terkenal ini telah memilih model-model ‘otai’ seperti Nasha Aziz, Amber Chia, Tinie, Tengku Azura dan Deborah Henry untuk memperagakan busana rekaannya.


Penampilan Nasha Aziz dipentas yang mengenakan pakaian serba merah berjaya memukau mata netizen kerana masih menawan persis anak dara. Langkah catwalk penuh yakin juga membuatkan dia nampak sangat "gorgeous".


Sejak kedua-dua video itu dikongsikan dan mendapat ribuan tontonan, rata-rata pengguna TikTok amat teruja melihat kesemua model "legend" kegemaran masing-masing kelihatan anggun menawan dan masih "berbisa" ketika beraksi di atas pentas peragaan.




Tertanya-tanya juga, apakah agaknya rahsia dan amalan harian yang Nasha amalkan agar sentiasa kekal cantik. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caramello 11-11-2021 10:22 AM
Bestnya..umo 50 body meletop mcm 18..
Quote jajahoney 11-11-2021 10:23 AM


exactly sis

Quote innocentsangat 11-11-2021 10:28 AM
makadek replied at 11-11-2021 10:18 AM
Amalan harian duit

What does this mean? What does it meannnnnn? Haha
Quote aduh2sayang 11-11-2021 10:36 AM
dia still bujangkan...
Quote supermum 11-11-2021 10:39 AM
Walaupun dia paling tua kot kat situ, tapi body dia paling wow bagi aku. Ai is jeles. Nak diet pun asyik fail
Quote TerataiMelur02 11-11-2021 10:42 AM
Takde benang untuk KLFW ke?

Tapi memang mantap body nasha. Terus teringat puteri aishah kat benang sebelah perut dah macam mak budak
Quote RinIna 11-11-2021 10:44 AM
Wow.. tang tuuu.. menonjol semacam.
Quote dudaberhias 11-11-2021 10:47 AM
wow memang meletop body sheolss walaupun muka dan hidung jatuh tarikan graviti bulan...

entah2 memang dara lagi sebab selama ni sheolss sapu2 pakai berus cat je dekat cekpit.... tiada tusukan objek tumpul...
Quote RinIna 11-11-2021 10:47 AM

Kan.. rasenya dia mcm lom kawen dan lom beranak-ranak kan..?
Quote NurAlia14 11-11-2021 10:51 AM
Org xpnh beranak mmg la body solid jah
Quote febreze 11-11-2021 10:52 AM
video dia dulu2 masa kena record tu betul ka??
Quote fairy_fairy 11-11-2021 10:55 AM
Iols pernah jumpa Nasha before sheols alter hidung/muka. Cantik nak mampos!!! Makanya iols sangat kecewa bila lobang hidung sheols dah jadi segitiga bermuda
Quote hotmak 11-11-2021 10:57 AM
model2 ni mesti struggle nak jaga badan, bukan senang nak tolak godaan makanan, elok cantik kurus walau dah kawin beranak
Quote SherryZass 11-11-2021 11:03 AM
hotmak replied at 11-11-2021 10:57 AM
model2 ni mesti struggle nak jaga badan, bukan senang nak tolak godaan makanan, elok cantik kurus wa ...

kannn.. adakah diorang hari-hari amalkan makan makanan sihat-sihat je ye, makan nasi pun secoit je. huhu. mana tak maintain slim melim
Quote Catpaw 11-11-2021 11:16 AM
Udah2 le nasha...
Quote kakakgarang 11-11-2021 11:19 AM
iolls kalau tak kawen n beranak pinak.. rasa nya lagi letop dari nasha.. gittew... done claim body lepotzzzzz HAHAHAHA
Quote ezacbee 11-11-2021 11:22 AM

Ada yg berduit makin kepam.
Quote arek 11-11-2021 11:28 AM
tetap cantik
Quote addamnor 11-11-2021 11:30 AM
makadek replied at 11-11-2021 11:24 AM
Tu yg malas dahhh mmg ade je ...mcm maya karin sygla tgk dia skg mcm org sakit

Maya karin ya ampun.. busuk dan kepam sangat minah tu tengok beliau update video ambil adiknya di airport.. like hello, kalau kamu hidup secara natural free of make up skalipun, tolong jgn kepam iya. Macam perempuan selekeh penampakkannya. Pemalas.

Lihat semua komen(188)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.051095 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top