Melihat keadaan di Muar yang ditenggelami banjir kilat baru-baru ini, membuatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bersuara tentang keadaan semasa kawasan jagaannya di media sosial.
Ahli politik ini turut menyentuh isu projek pembinaan benteng banjir yang sebelum ini dibina sedikit demi sedikit bagi menangani masalah banjir, namun setelah pertukaran tampuk pemerintahan projek tersebut terhenti sehingga kini. Ahli Parlimen Muar ini mengatakan dirinya akan cuba bantu sedaya upaya kepada mangsa banjir yang terkesan seperti menempatkan keluarga yang terkesan tinggal di rumahnya. Dia juga mengatakan pasukannya sedang berusaha memberi bantuan kepada semua mangsa banjir yang terlibat dan meminta doa orang ramai agar usaha memberi bantuan dipermudahkan. Sumber: Murai
|
QIsmail replied at 10-11-2021 04:08 AM
Eh Bukan Ko ke YB? Ko la pergi tanya nape tak siap2? Acah2 terkejut plak
ADVERTISEMENT