CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Buat Salah, Yonnyboii Diserang Panik Kali Pertama ‘Catwalk’

9-11-2021 07:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3306| Komen: 34

Penyanyi rap Yonnyboii mengalami serangan panik gara-gara terlalu gementar selepas selesai membuat pertunjukkan fesyen jenama Neonate di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 (KLFW2021) yang di adakan di Pavilion, Kuala Lumpur, kelmarin.


Ujar Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, disebabkan terlalu gementar, dia tiba-tiba diserang sesak nafas sehingga terpaksa dibawa ke luar pentas oleh tunangnya, Nik Nazirah untuk ditenangkan.



“Ketika pertunjukkan fesyen saya berasa sangat gementar ditambah dengan penonton yang ramai. Tapi sekarang alhamdulillah, saya sudah okey,” katanya.

Ujar pelantun lagu Aku Itu Aku lagi, dia akan mengalami gejala sama (serangan panik) setiap kali sebelum membuat persembahan pentas dan akan ditenangkan oleh pengurusnya, Nad.

“Tapi semalam (kelmarin) saya sendirian. Saya minta maaf kepada rakan media. Saya tidak bermaksud nak tinggalkan acara,” ujarnya.

Ujarnya lagi, selepas mengalami serangan panik, tunangnya membawanya untuk makan bagi mengalas perut di restoran dan terus dihantar pulang ke rumah.


Kredit foto: IG Yonny

“Saya sebenarnya tidak tahu cara untuk mengatasi masalah ini (serangan panik) kalau dia (tunang) tidak ada. Selepas saya bertenang, dia bawa saya makan sekejap sebelum menghantar saya pulang.

“Sebenarnya situasi panik itu berlaku kerana saya takut apa yang saya buat salah, saya takut orang menilai saya dan risau terbuat silap besar.

“Saya jadi sesak nafas kerana sangat gementar. lagi pula ini kali pertama saya berjalan di pentas peragaan. Saya Jadi tidak yakin dengan diri sendiri sebab nampak orang lain lagi profesional. Memang banyak perkara bermain dalam fikiran saya,” jelasnya.

Bagaimanapun, Yonny mengakui teruja apabila diberikan peluang untuk berjalan di pentas fesyen KLFW untuk memperagakan busana Neonate milik pengacara popular Karl Shafek yang melabuhkan tirainya semalam.

“Saya dihubungi mereka untuk terlibat sama dalam pertunjukan fesyen, memang teruja. Seronok sebenarnya dapat berjalan di pentas KLFW. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 9-11-2021 07:19 AM
Gais,

inilah generasi yang dilahirkan oleh our current education system, gais.

Anak2 kita tu ntah gimana la nanti kejadiannya. Pandai2 la kita corakkan agar tak menjadi generasi lembik seropa stoberi dan fefeling entitled persis dunia berputar sekeliling deols jah.
Quote chazey 9-11-2021 07:21 AM
Like, 15-40 years ago ada kau baca cerita artis muda ka model ka kena panik attack sesak nafas sana sini sebab nervous nak catwalk jur? Pft.
Quote Kurex 9-11-2021 07:28 AM
Ingatkan panik sebah dipaksa berbogel.. kalau takat panik sebab nak catwalk, bukan gosip!!!
Quote umbut 9-11-2021 08:54 AM
Semenjak ada tunang. Kemain jiwang ayat2. Nak muntah aku baca
Quote Prickford 9-11-2021 09:26 AM
chazey replied at 9-11-2021 07:19 AM
Gais,

inilah generasi yang dilahirkan oleh our current education system, gais.

Betul! Iolls setuju. Ambik contoh cara budak2 sekarang nak ke sekolah. Cikgu2 sampai pakai mcm2 costume nak tarik minat & suruh budak2 ke sekolah.

Zaman iolls dulu, mak pak teman sehari je, itu pon masa 1st day enrolled. Lepas tu kau nak menangis bagai, lantak kaulah. Cikgu pegang rotan je kita dah seram sejuk benti nangis & masuk kelas. Time high school mmg ramai kita tgk kawan2 kita kena rotan, yelah, buat perangai kan, rotan la buat pengajaran. Sikit pon takde kes repot2 psl kena rotan.
Budak2 skang ni sikit2 nak claim anxiety attack la, depression la, lepas tu siap bagi tahu "depsression is real, anxiety attack is real gaisss"...
One word je iolls nak cakap, MENGADA-NGADA!

Abang iolls kena anxiety attack, doctor cakap, "Penyakit budak2 zaman sekarang". Maksud mmg benda yg sengaja di ada-adakan. Boleh rawat sendiri tanpa doctor. Kena banyak rehat kan minda.


Quote mrs_salvatore 9-11-2021 09:34 AM
Edited by mrs_salvatore at 9-11-2021 09:39 AM
chazey replied at 9-11-2021 07:21 AM
Like, 15-40 years ago ada kau baca cerita artis muda ka model ka kena panik attack sesak nafas sana  ...

artis jaman dulu2 memang kuat amek dadah uols, nak hilangkan gugup masa nak perform atas pentas. also, budak-budak jaman skrang kurang keyakinan diri antara faktornya, cikgu suka pelekeh diorang dalam kelas.  cikgu2 jaman sekarang kan jenis asalkan hujung bulan gaji masuk je
Quote mrs_salvatore 9-11-2021 09:39 AM
also remaja zaman sekarang nih, macam-macam chemical sumbat dalam badan diorang. yang tu pun antara faktor jugak tu.  jaman dulu jajan macam nugget, mcd, kfc, pizzahut tu suma makanan orka, rakyat marhaen setahun sekali jelah rasa. uols yg jd makbapak tu jgn tipulah tak penah kasi processed food utk anak2 korang.  ada kaitan ye pemakanan dgn mental health ni, ada published paper
Quote jijilaaa 9-11-2021 09:41 AM
inilah yang jadi bila budak tak habis belajar diangkat jadi influenser/artis. confident level takde, skill takde.
Quote chazey 9-11-2021 09:55 AM
Prickford replied at 9-11-2021 09:26 AM
Betul! Iolls setuju. Ambik contoh cara budak2 sekarang nak ke sekolah. Cikgu2 sampai pakai mcm2 co ...

'Penyakit budak2 zaman sekarang'. Hahaha. Mahal ayat tu.
Quote chazey 9-11-2021 09:58 AM
mrs_salvatore replied at 9-11-2021 09:34 AM
artis jaman dulu2 memang kuat amek dadah uols, nak hilangkan gugup masa nak perform atas pentas. al ...

Rasanya dadah tu sampai zaman sekarang masih diamalkan. Biar aje cikgu2 perlekeh buat stail zaman Jepun uolsz. Dah mak pak pun manjakan sangat. Anak tanak buat kerja rumah sebab nak main game pun takleh lawan. Bila ngaja budak2 gini akak ghasa tak berbaloi bagi a 100%. Akak faham mengapa cikgu2 buat kerja ala kadar. Cer pelajar bagi effort 100% - sah2 cikgu pun kasik effort kaw2 200%.
Quote chazey 9-11-2021 10:00 AM
jijilaaa replied at 9-11-2021 09:41 AM
inilah yang jadi bila budak tak habis belajar diangkat jadi influenser/artis. confident level takde, ...

Tengok beza attitude Siti Lijah tu dulu masa bersusah payah mula2 nak menapak jadik artis nyanyian pun dah tau artis zaman sekarang tak guna sesen pun dibandingkan sheol. Tengok la Janna Nick tu. Kulu kilir meratib mintak perhatian pasal masalah mental sheol. Sumbat dok Tanjung Rambutan, baru tahu.
Quote Incanto 9-11-2021 10:07 AM
chazey replied at 9-11-2021 07:19 AM
Gais,

inilah generasi yang dilahirkan oleh our current education system, gais.

setuju

ghisau aku nengok , murid murid dan parents jadi bos, cikgu mcm balaci.

tapi tak semua lah


Quote Incanto 9-11-2021 10:11 AM
jijilaaa replied at 9-11-2021 09:41 AM
inilah yang jadi bila budak tak habis belajar diangkat jadi influenser/artis. confident level takde, ...

dia tak habis belajar ke?

aku tgk BBNU kemain lagi angkat yonni ini

aku dah tua kot sbb tu tak paham apakebenda lah hebat sgt
Quote coco 9-11-2021 10:45 AM
masa catwalk pakai mask .... lepas catwalk bukak mask.  adooiiii ni je ke yg ada di malaysia fashion week
Quote prettyuglybabe 9-11-2021 10:50 AM
Prickford replied at 9-11-2021 09:26 AM
Betul! Iolls setuju. Ambik contoh cara budak2 sekarang nak ke sekolah. Cikgu2 sampai pakai mcm2 co ...

tapi anak-anak zaman kita la yang didik anak-anak zaman ni jadi lembek..
dok cerita dulu kita kena sebat diam je, tapi anak-anak kita tu, kita sebat tak?
tak kan?
pastu anak-anak lembek, kita nak banding dengan zaman kita pulak..
sedangkan yang didik anak-anak zaman ni, anak-anak yang kena sebat di zaman dulu..
Quote chazey 9-11-2021 10:56 AM
Incanto replied at 9-11-2021 10:07 AM
setuju

ghisau aku nengok , murid murid dan parents jadi bos, cikgu mcm balaci.

Yeap, tak semua.

Ex pengetua ai dulu selalu cakap, mak pak jangan kalah dengan anak. Dah lebih 10 tahun, ai masih ingat dan pegang kata2 heols yach. Cikgu pun sepatutnya tak boleh kalah dengan pelajar. Ada masa kena lembut. Ada masa kena tegas. Ada masa keja kejam macam Hitler. Pandai2 la adjust.
Quote prince_marhaen 9-11-2021 12:01 PM
alahhhhhhhhhhhhhhhh loratttttttttttttnyaaa kauuuuuuuuuuuu.... ke hulu ke hilir nak meratap merengek pasal kau punya panic attack lah, anxiety lah, hujung-hujung feeling ye nak kena pimpin pergi makan oleh tunang tersayang....kauuuuu lah terpaling laku ada tunang eh...
Quote pekanwoohoo 9-11-2021 12:06 PM
prettyuglybabe replied at 9-11-2021 10:50 AM
tapi anak-anak zaman kita la yang didik anak-anak zaman ni jadi lembek..
dok cerita dulu kita kena ...

Kan. Kawan aku pun hangin dengan bini dia sebab bila dia nak pelangkung anak dia taknak mandi, taknak makan, taknak kemas rumah, mulalah nanti bini dia bekap anak. Ni semua ajaran bebal dari nasihat takguna dekat telegram, ig, fb pasal parenting tips.
Baler nak ajar anak follow acah acah barat punya acuan, kena cakap elok elok, kena pujuk pujuk, kena dengan aku, debik je senang. Nanti budak tu dah okay baru lah cakap elok elok. Ni nak pujuk pujuk pulak, memang kena kaki lah.

Quote nakkomenjugak 9-11-2021 01:33 PM
Ehhhh tak payah jadik retissss la ko
Nak kata mendonia level holiwod tak jugakkkk
Ummah bbnu je kenal ko
Ko jadik BTS punya orang jahhhh
Ughhhhh meluat

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.124168 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top