Tidak lama lagi rancangan realiti popular, Gegar Vaganza akan kembali untuk musim yang kelapan (GV8), malah beberapa ‘teaser’ awal GV8 telahpun dikongsi.
Difahamkan, GV8 atau juga dikenali sebagai GV2021 akan bermula sebaik program All Together Now Malaysia (ATNM) melabuhkan tirainya pada 14 November 2021. Ketika ini, sama seperti tahun-tahun sebelumnya peminat terlebih dahulu membuat spekulasi mengenai peserta GV8 berdasarkan petunjuk beberapa penyanyi popular selain daripada ramalan mereka sendiri. Bagi edisi kali, dikhabarkan turut disertai ‘nama-nama besar’ dalam industri seni. Malah, kami juga tidak menolak spekulasi tersebut. Sebelum ini, Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris telah mencuri perhatian ramai apabila menyertai GV7 manakala Linda Nanuwil pula menjadi bintang program realiti pertama yang sertai Gegar Vaganza.
Berikut ramalan bagi senarai peserta GV8 kali ini. Shahir Zawawi Setelah sekian lama ‘hiatus’ daripada media sosial, kemunculan semula bekas juara Akademi Fantasia di laman Instagram baru-baru ini mencuri perhatian peminat. Berkongsi foto penampilan terkini nya yang berambut panjang, Shahir turut menulis kapsyen mengenai ‘kembali’. Nikki Palikat Ramai yang merindui Nikki Palikat! Manakan tidak, penyanyi berbakat besar ini memperlahankan karier seni selepas berkahwin dengan komposer terkenal, Audi Mok sekitar tahun 2009. Untuk rekod, Nikki yang juga anak saudara kepada penyanyi yang popular dengan lagu Anak Kampung, Jimmy Palikat mula dikenali ramai setelah menyertai program realiti Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004. Selepas itu, Nikki mekar dengan lagu Caramu dan trio bersama mentornya, Ning Baizura dan Allahyarhamah Yanie menerusi lagu Drama. Aliff Aziz Mengejutkan! Nama Aliff Aziz disebut-sebut sebagai peserta GV8. Sebelum bergelar pelakon, Aliff terlebih dahulu mencipta nama sebagai seorang penyanyi yang popular dengan single Sayang – Sayang. Ketepikan kontroversi lalu, suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah kini giat mendalami ilmu agama dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Adibah Noor Antara nama besar yang dikhabarkan akan turut sertai GV8. Tidak tolak kemungkinan tersebut, peminat juga menyifatkan Adibah Noor juga sudah sekian lama tidak menghiasi ‘pentas-pentas utama’ dengan kemerduan suara yang dikagumi ramai. Digelar sebagai selebriti verstail, adakah benar Adibah bakal sertai program realiti ini? Dato Fazley Yaakob Selain Adibah Noor, penyanyi yang juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob juga disebut sebagai salah seorang peserta GV8. Popular dengan jolokan ‘Abang Asmara’ oleh peminat sehingga ke hari ini, kami juga tidak tolak kemungkinan Fazley akan muncul kembali mengubati kerinduan peminat dengan suaranya. Menerusi carian di laman Instagram Fazley juga telah mengemaskini ‘Singing Masterchef’ sebagai biografi profil nya. Ani Maiyuni Saban tahun, nama penyanyi dangdut Ani Maiyuni disebut-sebut peminat akan membarisi senarai peserta Gegar Vaganza. Sama seperti tahun ini, Ani sekali lagi menjadi ‘pertaruhan’ peminat dalam GV8. Dalam hantaran terkini Ani, rakan seangkatannya, Haiza Hanafi meluahkan rasa tidak sabar mengenai sesuatu sebelum dibalas oleh peminat peminat GV8. Adakah Ani menepati ramalan peminat kali ini? Fairuz Selamat (Q-Face) Setiap tahun, ada sahaja vokalis kumpulan penyanyi era 90-an menjadi peserta Gegar Vaganza. Malah, hampir kesemua mereka tampil cemerlang dalam program ini sehingga ada diantaranya dinobatkan sebagai juara. Pada tahun ini, bekas vokalis kumpulan Q-Face yang popular dengan lagu Izinkanlah, Fairuz Selamat dikatakan turut sertai GV8. Meskipun sudah mempunyai pekerjaan tetap, namun Fairuz sering kali membuat ‘cover’ lagu-lagu popular era kini di laman Instagram dan You Tube miliknya. Azan Scan Nama bekas vokalis Scan, Azan yang popular dengan lagu ‘Kau Dipaksa Aku Terpaksa’ disebut-sebut sebagai peserta GV8. Malah, menerusi sebuah hantaran di laman Facebook nya pada awal Oktober lalu, penyanyi era 90-an ini mendedahkan akan kembali dengan sebuah kejutan buat peminat. Namun, Azan tidak mendedahkannya dengan terperinci selain meminta peminat tunggu akan pengumuman tersebut. Bandi Amuk Menerusi sebuah video ‘teaser’ yang dimuatnaik pihak Astro, kelihatan sebuah topeng muka di atas pasir seakan memberi bayangan mengenai salah seorang peserta GV8. Susulan itu, rata-rata peminat beranggapan bahawa vokalis Amuk yang terkenal dengan identiti di sebalik topeng, Bandi adalah peserta yang dimaksudkan. Untuk rekod, Bandi mempunyai puluhan lagu popular bersama Amuk yang masih didengari oleh ramai peminat sehingga ke hari ini. Ruhil Amani Penyanyi bersuara lantang, Ruhil Amani juga diharapkan oleh peminat akan sertai GV8. Memetik laporan media tempatan, meskipun sudah lama berehat dalam industri seni, namun penyanyi yang popular dengan Ruhil sudah menyiapkan beberapa single baharu nya. Adik kepada pengacara Ruhil Syafinaz ini juga menyatakan kesediaannya untuk kembali mengiburkan peminat. Francisca Peter Peminat tidak menolak bahawa penyanyi yang popular dengan lagu-lagu ‘evergreen’ seperti ‘Sekadar Di Pinggiran’, ‘Aku Kehilanganmu’, Francisca akan kembali mengubati kerinduan peminat dalam GV8. Meskipun disifatkan sebagai ‘penyanyi lagenda’ namun mereka tidak menolak Fran akan turut serta, mengikut jejak langkah Jatt Black Dog Bone dalam GV6 sebelum ini. Leina Hangat Seorang lagi penyanyi era 90-an, Leina Hangat menjadi tekaan peminat sebagai peserta GV musim ini. Leina yang pernah mendapat gelaran Ratu Reggae Malaysia berikutan menjadi penyanyi wanita pertama yang mempertaruhkan genre muzik Reggae dalam industri seni hiburan tanahair kini tampil ayu dengan penampilannya yang berhijab. Meskipun sudah berhijrah dan enggan memandang semula imej seksinya suatu ketika, namun pemilik nama sebenar Nor Azlina Abd Rahman ini masih mengekalkan nama pentas Liena Hangat berikutan dikenali ramai dengan nama tersebut. Sumber: Murai
|
Normabaru replied at 8-11-2021 03:23 PM
CANCEL CULTURE FOR ALIF AZIZ…
bankerpencen replied at 8-11-2021 04:54 PM
Fazley? Adoi. Sedarlah yang kau takleh menyanyi woi. Aliff Aziz tu pun, perlu ke
ADVERTISEMENT