CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menangis Telefon Peguam Ketika Dihalau Suami, Perut Sarat Hamil Ditendang

8-11-2021 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2302| Komen: 5

Description: Seorang peguam syarie mendedahkan satu kisah keganasan rumah tangga melibatkan seorang wanita sarat mengandung yang meminta nasihat untuk bercerai selepas baru sahaja menjadi ‘karung tinju’ suaminya ...
Seorang peguam syarie mendedahkan satu kisah keganasan rumah tangga melibatkan seorang wanita sarat mengandung yang meminta nasihat untuk bercerai selepas baru sahaja menjadi ‘karung tinju’ suaminya.


Menerusi perkongsian ciapan oleh @Atikah10490 di Twitter, dia menerima satu panggilan ketika sedang memasak dia daripada seorang wanita sambil menangis manakala kedengaran bunyi suaminya sedang melempar barang.


Gambar hiasan

“Allahuakbar, terkejut tengah masak dapat panggilan dari seorang ‘client’ (pelanggan) minta nasihat tentang cerai, dia telefon dalam keadaan baru dipukul suami, perut yang mengandung baru sahaja ditendang sambil pasangannya membaling barang dan menghalau keluar rumah.


“Saya terus nasihatkan keluar dari rumah itu dan tinggal berasingan, terus ke balai polis buat laporan polis dan medical report (laporan kesihatan), dan terus failkan kes fasakh di mahkamah nanti,” katanya dalam ciapan tersebut.

Menurutnya lagi, wanita tersebut menceritakan segala kejadian itu dalam keadaan sedih dan sakit walaupun nasihat telah diberikan tetapi dia tidak berasa tenang memikirkan keadaan pelanggannya itu.

“Dia cerita sambil menangis, saya tak boleh menangis sekali kalau tak nanti dia tak kuat, saya kena bagi nasihat dalam keadaan tak bremosi supaya dia faham dan dapatkan hak dia.

“Saya juga nasihatkan dia jangan tunggu-tunggu lagi, sebab dia pun dah tekad nak cerai sebab dah tak sanggup lagi, tapi jujur hati saya terus tak tenang fikirkan dia mohon semua doakan dia kuat dan selamat ya,” katanya lagi.



Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berasa marah dengan tindakan yang dilakukan oleh suami berkenaan kepada seorang isteri yang sedang mengandung dan ada juga yang mendoakan supaya segala urusan wanita itu dipermudahkan.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 8-11-2021 04:06 PM
hasanah versi lawyer ke ni?
gaduh dengan laki kena pukul boleh teringat nak call lawyer dari call polis ek..
Quote lattehazelnut 8-11-2021 04:38 PM
Xpelah asalkan berlaki kan
Quote glump 8-11-2021 05:09 PM
Belum tentu pompuan tu nak buat apa lawyer tu nasihatkan. ..takut anak Tak berbapa
Quote fealefea 8-11-2021 11:51 PM
Ade perempuan sanggup mkn penampo sampai mati asal berlaki.
Quote namr 9-11-2021 01:28 AM
Jantan haprak mana la ko buat laki ni sis

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.044978 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top