CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Gagal Lucut Hak Barangan Berharga Najib Dan Rosmah

8-11-2021 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3464| Komen: 28

Description: Kerajaan gagal dalam permohonannya untuk melucut hak barangan berharga milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tiga anak mereka dan beberapa pihak lai ...
Kerajaan gagal dalam permohonannya untuk melucut hak barangan berharga milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tiga anak mereka dan beberapa pihak lain yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.


Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas menolak permohonan kerajaan selaku pemohon selain mengambil kira hujahan daripada kedua-dua belah pihak secara bertulis yang telah dihantar sebelum ini.


Kredit foto: The Sun daily

Pada 8 Mei 2019, kerajaan selaku pemohon memfailkan notis pelucuthakan berhubung beratus-ratus item termasuk beg tangan berjenama dan 27 kenderaan yang dirampas daripada Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta tiga anak pasangan itu, 13 individu dan syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.


Selain itu, wang berjumlah lebih RM18 juta dalam beberapa akaun Bank Islam Malaysia Bhd, Al-Rajhi Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, AmBank Bhd serta Hong Leong Bank Bhd turut dibekukan antara 16 Ogos 2018 dan 11 Mac 2019.

Permohonan itu menamakan Najib, Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz, Nor Ashman Razak Mohd Najib, Nooryana Najwa Mohd Najib, Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe (ibu kepada Low Taek Jho atau Jho Low), bekas pegawai Goldman Sachs Roger Ng dan isterinya, Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.


Sumber: K!ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-11-2021 03:21 PM
Johan ke tu? Dengan rambut macam tu & glasses dekat kepala.. dah macam ponen dah. Tapi tengok macam nalla
Quote musangbodoh 8-11-2021 04:02 PM
kenot brain lh ini kes
Quote Belibis 8-11-2021 09:16 PM
Jadinya..semua yang gebang sebelum ni sekadar nak ambik alih jawatan pm la ya??
Harap dapat bayar income tax la bila reta dah ambik balik.
Quote kelapaparut 8-11-2021 09:27 PM
lps bn dgn pn naik, abis sekor2 terlepas siyall jahh
Quote Adrif 9-11-2021 12:35 AM
aku pun pelik dengan sistem undang-undang Malaysia ni

rasuah lepas
pecah amanah lepas
bunuh orang lepas

yang masuk ke dalam,
orang miskin, yang terpaksa mencuri sebab takde duit nak makan
kambing hitam orang atas. dia punya jujur bekerja, tiba2 kena angkut
dan lain-lain

tu aku tak terkejut, satu hari nanti, orang dah tak caya kat institusi dan sistem semua ni
hilang sokongan dan kepercayaan rakyat
back to zaman jahiliah pulak nanti

apa2 jadi, settlekan sendiri. kalau contact pihak berkuasa, confirm bebas

Vigilantism arises
Quote tinaesq 9-11-2021 02:22 AM
Lepas gitu je laa????
Quote kemaruk 9-11-2021 02:20 PM

pihak pendakwaraya susah payah nak cari bukti, tapi tak jumpa (sebab memang takde pon.. propa je)

sebab tu la najib bebas

ke engkau ada bukti barang2 tu semua hasil dari rompakan najib dan rosmah?
Quote kemaruk 9-11-2021 02:25 PM
Adrif replied at 9-11-2021 12:35 AM
aku pun pelik dengan sistem undang-undang Malaysia ni

rasuah lepas

ko ade bukti ke barang2 tu hasil dari salahguna kuasa?

kerajaan PH dan PN pon terkapai kapai nak cari bukti sampai bertahun tahun barang tu tersadai

kalau ko ada bukti, ko kemukakan la

ohya.. setakat sembang macam dekat kedai kopi je boleh lerrrr
Quote chazey 9-11-2021 02:36 PM
Edited by chazey at 9-11-2021 02:38 PM

Tu maksudnya reta tu legit?

Tak sia2 akak sapot Najib zaman PRU 14 dulu di kala korang dibutakan oleh parti PHundek.
Quote chazey 9-11-2021 02:37 PM
Kurex replied at 8-11-2021 03:21 PM
Johan ke tu? Dengan rambut macam tu & glasses dekat kepala.. dah macam ponen dah. Tapi tengok macam  ...

Dia rupanya. Patut nampak macam dia.
Quote tripleid 9-11-2021 02:46 PM
inilah hasilnya lepas Umno kembali berkuasa

Quote ifanonline 9-11-2021 02:46 PM
Adrif replied at 9-11-2021 12:35 AM
aku pun pelik dengan sistem undang-undang Malaysia ni

rasuah lepas

undang2 manusia begitu lah...kalau sudah tiada kepercayaan kpd undang2 manusia, anarki akan wujud, jungle law will reign
Quote matamata 9-11-2021 02:47 PM
Kalau ada bukti sapa pun blh ke depan kemukakan kat court... Berapa ramai yg betul2 ikut kes ni? Atau buat anggapan ikut ikutan je?
Quote Adrif 9-11-2021 02:51 PM
kemaruk replied at 9-11-2021 02:25 PM
ko ade bukti ke barang2 tu hasil dari salahguna kuasa?

kerajaan PH dan PN pon terkapai kapai nak c ...

LOL
ulang suara, baca komen aku
aku komen mengenai sistem yang dah hilang keyakinan rakyat
dalam sebulan dua ni dah beberapa kes yang buatkan orang goyah dengan perundangan

yang tiba2 panas bontot ni dah kenapa
orang cakap lain, ko cakap lain
Quote kemaruk 9-11-2021 02:54 PM
Adrif replied at 9-11-2021 02:51 PM
LOL
ulang suara, baca komen aku
aku komen mengenai sistem yang dah hilang keyakinan rakyat

sistem apa? hilang keyakinan sebab apa?

dah sah2 najib tak bersalah dan barang2 tu bukannya barang rompakan, ko still tak puas hati kenapa?

ko ada bukti ke najib bersalah?

"sistem" yang ko maksudkan tu halang ko kemukakan bukti ke?

ke macam mana?

nak tau jugak
Quote Adrif 9-11-2021 02:58 PM
ifanonline replied at 9-11-2021 02:46 PM
undang2 manusia begitu lah...kalau sudah tiada kepercayaan kpd undang2 manusia, anarki akan wujud, ...

thank you, exactly my pointanarchy, anomie akan meningkat

legislation. mungkin mereka dah buat yang terbaik. still. macam ada loophole somewhere. dan orang perasan. rakyat bukan bodoh
anehnya. masalah sosial yang akan meningkat disebabkan kes-kes ni
Quote Adrif 9-11-2021 03:02 PM
kemaruk replied at 9-11-2021 02:54 PM
sistem apa? hilang keyakinan sebab apa?

dah sah2 najib tak bersalah dan barang2 tu bukannya baran ...

oh my god.. you're missing my point la sayang oiii  dah explain kat atas tu

takpelah, teruskan lah hidup seperti biasa
share popcorn sekali ye sayang
Quote ifanonline 9-11-2021 03:14 PM
Adrif replied at 9-11-2021 02:58 PM
thank you, exactly my pointanarchy, anomie akan meningkat

legislation. mungkin mereka dah buat ya ...

di malaysia ni, bangsa melayu, cina dan india sudah di tipu ahli politik...ahli politik memainkan isu bangsa dan agama utk survival mereka...rakyat perlu berhati2 dgn ular2 ini...

bangsa melayu sudah di tipu bangsa mereka sendiri...jgn pula percaya kpd bangsa lain seperti cina dan india...haru pula...
Quote kemaruk 9-11-2021 03:25 PM
Adrif replied at 9-11-2021 03:02 PM
oh my god.. you're missing my point la sayang oiii  dah explain kat atas tu

takpelah, terusk ...

setakat sembang kat kedai kopi boleh ler

realitinya kerajaan PH ada 22 bulan untuk belek barang2 najib tu

tapi tak jumpa2 jugak bukti barang2 tu hasil songlap

pihak pendakwaraya lupa nak lantik netizen jadi saksi dan bawak bukti kot

macam biasa ler

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054170 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top