CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak Didakwa Disunat ‘Jin’ Lepas Anu Bengkak Tiba-tiba

5-11-2021 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1433| Komen: 3

Seorang kanak-kanak lelaki telah mengejutkan penduduk Kampung Babakan, bandar Bekasi, Jawa Timur selepas dikatakan telah disunat jin, lapor Suara.com semalam.

Rafly, 5, pada mulanya mengadu kemaluannya terasa sakit. Selepas diperiksa, kemaluannya kelihatan berwarna merah, sama seperti kemaluan seseorang selepas disunat.


Kemaluan Rafly (kanan) membengkak dipercayai disunat jin. - TikTok

Namun, selepas dibawa ke sebuah klinik berdekatan, doktor tidak menemui sebarang masalah yang serius pada kemaluannya.

Kejadian tersebut bermula semalam pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan. Selepas diperiksa lebih lanjut oleh ibu dan bapa Rafly, terdapat kesan kemerahan pada kemaluan kanak-kanak itu namun ia bukan darah.


Seorang pakar Urologi dari Hospital Siloam Asri, Dr. Arry Rodjani kemudian memaklumkan bahawa keadaan kemaluan itu diibaratkan seperti telah disunat namun ia sebenarnya dikenali sebagai parafimosis.


Kredit foto: TribunNews

“Parafimosis sering dianggap sebagai fenomena sunat oleh jin. Walhal, dalam dunia perubatan, keadaan itu berlaku disebabkan kerana diameter hujung zakar yang lebih kecil berbanding badan zakar,” katanya. 

Tambahnya, keadaan itu berlaku secara tiba-tiba dan berlaku apabila kanak-kanak kerap menarik bahagian hujung kemaluan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 6-11-2021 06:20 PM
benda ni pernah berlaku kt malaysia. bukan kena sunat pun kepala kulup tu dia traumatize dalam bahasa mudah terkejut nampak friskarona
Quote edayildiz 6-11-2021 06:40 PM
insan terpilih

Quote TeropongThaico 6-11-2021 08:02 PM
Itu la.. Biar sangat anak jantan tu main cikawang.
Ai geli betul kalau tengok budak2 lelaki dok buat gitu. Nak2 depan org luar. Mak bapa tak malu ke biar

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.033466 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top