CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ratu Elizabeth Pernah Nampak Hantu Di Istana Windsor?

5-11-2021 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4337| Komen: 27

Penghuni Istana Windsor diselubungi ketakutan kerana mendakwa diganggu hantu menyerupai mendiang Ratu Elizabeth I. 

Lapor Daily Star, sebanyak 25 kes penampakan makhluk halus itu dilaporkan dilihat di perpustakaan dan bilik bacaan istana tersebut. 


Kredit foto: The People

Menurut laman web Visit Britain, Ratu Elizabeth II dan Puteri Margaret difahamkan pernah ternampak kelibat mendiang.

Kerabat diraja itu mendakwa mereka terdengar bunyi tapak kaki sebelum makhluk itu muncul. 

Bukan sahaja kelibat mendiang ratu itu, bahkan kelibat mendiang Raja George II turut dikesan berada di bilik berlainan di bawah perpustakaan tersebut. 

Selain itu, penduduk istana mendakwa terlihat kelibat mendiang Raja George III pula berada di istana sama dan saksi mengatakan melihat mendiang semasa berada di rumah. 

Kelibat Raja Henry VIII juga turut kelihatan di benteng istana sebelum hilang melalui dinding. 

Malah, isterinya, Anne Boleyn yang mati dipenggal turut dilihat dalam keadaan menangis di tepi tingkap istana. 

Penulis buku Haunted Castles of Britain and Ireland, Richard Jones menceritakan semula kisah mengenai pengawal istana yang terlihat Ratu Elizabeth I di bilik luar perpustakaan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 5-11-2021 01:25 PM
Hantu pun takut ngan lizzy
Quote sarah82 5-11-2021 01:50 PM
Bukan sehari 2 istana tu kan.. Beratus tahun... Tapi tak seganas hantu2 kat London Tower kan[em:23:]
Quote Artemesiaa 5-11-2021 01:54 PM
Bangunan dah beratus tahun dihuni generasi demi generasi apa nak hairan
Quote nakkomenjugak 5-11-2021 02:53 PM
Hantu ancestors ko jugak
Quote sharlenetexas 5-11-2021 02:54 PM
Pendamping/saka/whatever istana lah tu
Quote dudaberhias 5-11-2021 02:56 PM
Dah tempat dia duduk beratus tahun sebelum ni dikkk.. what do u expect... Takkan la deorang expect nampak kelibat permaisuri kokdiang kot malam2 di UK nun.
Quote edayildiz 5-11-2021 08:54 PM
saka dorg letew..istana mana2 pun mmg berhantu pun
Quote doubleharmonic 6-11-2021 02:20 AM
ko pun ropa dah macam boleh join jah geng2 hantu tu kan tak gitu nek lizzy?
Quote kakikuDibibirmu 6-11-2021 02:22 AM
Dan yang terpaling peliknya hantu itu hanya muncul apabila beliyau tengok cermin
Quote lavendernovella 6-11-2021 02:23 AM
sarah82: Bukan sehari 2 istana tu kan.. ...


Kt london tower tu lagi ganas2 ek? Byk makan orang kan tempat tu
Quote keane.somewhere 6-11-2021 10:45 AM
Baru lepas tengok dokumentari Edinburgh Castle...bangga sejarah Scottish + English
Quote Mini.Me 6-11-2021 11:14 AM
Hantu diorang tak sama ngan hantu kita kan...po**ng ke...cik ponti ke...
Quote mizzmimi 6-11-2021 11:03 PM
Dah macam istana hogwarts la pulak.. Hantu2 siap berborak2 & berjalan2 kat koridor [em:3:]
Quote mizzmimi 6-11-2021 11:07 PM
Dibina pada abad ke 11 gitu kata wikipedia. Seribu tahun dah. Memang padan le banyak antu
Quote Supersirap 6-11-2021 11:57 PM
Di mana-mana ada hantu
Quote ketambangkang 7-11-2021 10:39 AM
panggil la Abu Ja
Quote underground 7-11-2021 12:24 PM
hantu perlukan bantuan tu..
Quote Nham22 7-11-2021 01:35 PM
Depa kuat main bomoh.. Setan.. Kuat sgt memuja...
Quote cmf_premierleag 7-11-2021 07:45 PM
bukan nk ckp besar la
stakat antu kokesen ni aku x penah rs seram lgsg.any holiwud horror story mmg akak tersenyum sinis jah antu2 kokesen ni.
kalo nusantara baru bleh rs seram

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.041590 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top