CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Nyanyi Macam Tertelan Perkataan', Macam Mana Lagu Baru Iman Troye Boleh Trending?

2-11-2021 07:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4853| Komen: 23

Bukan mudah untuk mengekalkan populariti, namun penyanyi muda seperti Iman Troye membuktikan dia berjaya menambat hati pendengar dengan lagu-lagunya yang lebih segar dan terkini.


Terbaharu Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin mengulangi kejayaan lagu Teman dan Pejam Celik Hari Raya apabila single Nang turut meraih jutaan tontonan dalam masa enam hari dilancarkan.


Kredit foto: YouTube


Kata Iman, 19, kejayaan tiga buah lagunya itu merupakan satu pencapaian peribadi yang luar biasa buatnya setakat ini.

"Untuk mencipta trek rekod sebegini saya anggap ia satu pencapaian peribadi yang cukup luar biasa.


"Tambah pula tiga lagu saya masing-masing ciptaan Ezra Kong dan lirik A Ramlee dilancarkan di era pandemik Covid-19 yang kita sedia maklum ketentuan pasaran muzik itu sendiri tidak mampu ditebak hala tujunya.


Kredit foto: IG Iman

"Saya harus berterima kasih kepada semua yang menjadikan ia atu kenyataan. Terutama peminat serta rakan media yang tidak putus putus memberikan sokongan," katanya.

Lagu Nang terbitan XO House Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia dilancarkan 15 Oktober lalu di semua pelantar muzik digital terpilih.

Manakala video muzik (MV) lagu itu dimuat naik ke YouTube pada 22 Oktober lalu dan kini mendapat lebih 1.2 juta tontonan serta trending nombor satu di YouTube.

Dalam pada itu, Iman menganggap lagu tersebut begitu istimewa disebabkan mendapat sokongan daripada PTTI Group.


Kredit foto: IG Iman

"Saya anggap kehadiran lagu pop Melayu berentak Jawa dan ada sentuhan tradisional ini lebih manis kerana pihak PTTI juga sudi melancarkannya.

"Malah, tugas sebagai duta pusat ilmiah itu datang dengan tanggungjawab. Saya sendiri bergelar pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di UiTM.

“Saya harap dapat terus mengimbangi seni dan pelajaran sebaik mungkin. Selain itu, harapan saya agar peminat akan lebih menyokong karya tempatan.

“Dengan sokongan peminat mungkin boleh membuatkan video muzik lagu nyanyian yang lain mendapat tontonan satu juta juga seperti penyanyi antarabangsa lain,” ujarnya.


Kredit foto: 

Sementara itu pemerhatian pada ruangan komen di YouTube lagu tersebut mendapati ramai peminat yang terhibur dengan Nang kerana menyifatkan ia unik hasil gabungan rentak tradisional dan moden.

Bagaimanapun ada juga dalam kalangan peminat menyatakan teguran dan rasa kurang senang mereka mengenai sebutan Iman ketika menyanyikannya.

"Mumbling berirama, ada sesetengah perkataan tak jelas macam tertelan perkataan.

"Tolong sebut dengan jelas, sepatah pun tak faham sebutan tu. Belajar terima kritikan sebab alunan muzik cun dah, cuma sebutan tu kena berlatih lagi biar orang yang mendengar akan lebih faham makna dan isi lagu ni.

"Tahniah Iman! Anda berjaya ketengahkan irama Melayu dalam muzik. Abaikan aura negatif!" demikian antara komen pendengar.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikBuncit 2-11-2021 07:47 AM
Dia ni dr dlu lagi ada masalah sebutan.. Acik rasa sebab bibirnye tebal sgt kot.. Tiap kali lagu dia release mesti tak dapat tangkap semua benda yg dia sebut. Kena google lirik pulak
Quote ekselen 2-11-2021 08:25 AM
Iols x pernah terpikir, terminat, terasa nk dgr lagu beliau neh dr yg mula walopon dok trending kuar tv bagai...mebi dia ni kuat bermedsos tu yg ramai bebdk suka kot..cam nabila razali.. Suara dia pun mcm takde trademark...aku rasa mcm org2 biasa nyanyi sbb ada tgk iklan lagu beliau kt tv ngan shopee kot...iols dok baca komen2 org br tau yg menari2 kt shopee masa raya tu dia...
Quote AshkieLa 2-11-2021 08:48 AM
lidah pendek ke ape..
nyanyi kalau butiran lirik tak jelas..
baik ko nyanyi lagu bahasa zimbabwe je dekk...
takde laa stress sangat dengar kalau tak paham pun sbb memang bukan bahasa ibunda.
Quote buragazz 2-11-2021 09:15 AM
Ok jer bagi meols.. biasa la.. retis kluar lagu ada yang suka ada yang tak suka.. ni meols bercakap pasal lagu yer.. formula nya lagu catchy (Boleh sing along) MV meletops tak nampak murah.. rupa pun ada.. alangkan si sajat pelesu tu pun berjuta followers...
Quote makton 2-11-2021 09:28 AM
ye dia ni sebutan tak jelas. and aku nak tahu, dia ni pernah pakai braces ke? dia ni klu org ckp anak DSV pun aku percaya. seiras sgt
Quote bankerpencen 2-11-2021 10:59 AM
Si toye ni suara memang tak sedap langsung pun. Taktau tang mana orang suka sangat
Quote Normabaru 2-11-2021 11:04 AM
AcikBuncit replied at 2-11-2021 09:47 AM
Dia ni dr dlu lagi ada masalah sebutan.. Acik rasa sebab bibirnye tebal sgt kot.. Tiap kali lagu dia ...

hahahaa..komen ni selawak nick tukang tulis komen

nway celah mana dtg IMAN dia niiiiih?

eja nama sendiri pon failed mcm sebutan ka?
Quote Normabaru 2-11-2021 11:05 AM
makton replied at 2-11-2021 11:28 AM
ye dia ni sebutan tak jelas. and aku nak tahu, dia ni pernah pakai braces ke? dia ni klu org ckp ana ...

mcm gigi blapis pon ade gk..sbb tu xclear pronounciation..walhal as artis tu mcm pillar kot..
Quote tupaiterbang 2-11-2021 11:20 AM

Saje la dia buat2 pelat sbb nak cepat trending...macam ajai dulu la dok sherashi bershama sana sini
Quote Delifrance 2-11-2021 11:37 AM
bankerpencen replied at 2-11-2021 10:59 AM
Si toye ni suara memang tak sedap langsung pun. Taktau tang mana orang suka sangat

Tahh. Aku pon heran
Quote Pujangga22 2-11-2021 11:45 AM
ala macam nabila razali...suara chipmunk pun ttp trending...
Quote per706 2-11-2021 11:47 AM
Hakaqqq smpi laaa x dpt nk hadam lagu pili pili Bomba ko tu deq,first time dgr dlu.pe kejadahnya pili aer pon jdik lgu...ohoiiiiii!
Quote jijilaaa 2-11-2021 03:36 PM
memang tak clear sebutan dia, sampai tak paham apa. i rasa ramai budak2 suka tgk sbb mv dia banyak warna, acam menarik gitu. cute2. anak buah i yang umur 6-7 taun suka sngat tgk mc kucu kuca, peh tu si iman ni...
Quote kakuzu 2-11-2021 03:54 PM
dah dengar.. dan tak best
tapi kalau ramai yang suka lagu cam ni.. teruskan aje
Quote NFBZCantik 2-11-2021 05:04 PM
trending tak semestinya berkualiti

p/s: eh tak ckp psl sesiapa tau
Quote missbigrockstar 2-11-2021 05:06 PM
Bila tgk dia ni je mesti terpahat, tok vida junior
Quote Nnasda53 2-11-2021 05:17 PM
Kenal dia ni sebab iklan shopee je.
Suara lebih kurang Nabila Razali je.
Quote nakkomenjugak 2-11-2021 10:56 PM
Bbnu laaaa yang kasi trending
Kami geng kilauan emas tak tau pape


Mesti ada porumer yang bising dipanggil tua secara halus yachhhh
Quote -Suri- 3-11-2021 12:36 AM
Aku tgk dia igt shopee je yg dia menari bagi ayam makan. Lagu lain taktau

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.072503 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top