Ismail Izzani dah putus dengan Shalma Eliana. Mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing dan memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya.
"Ya memang benar hubungan saya dengan Shalma Eliana dah putus. Kami memilih untuk membuat haluan masing-masing. Saya pun ada banyak lagi perkara yang saya nak explore dan lalui. Begitu juga dengan Eliana. "Kami masih lagi berkawan. Itu yang membuatkan saya gembira. Macam-macam perkara yang telah berlaku dan saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengenali diri saya dengan lebih lanjut,"katanya melalui Melodi.
Tambah Ismail lagi, "Apa yang boleh saya katakan, saya ada buat silap. I’m messed up. Pada masa sama juga, saya tidak mahu cakap yang saya akan belajar daripada kesilapan saya kerana fokus saya ketika ini adalah untuk diri saya, keluarga dan orang-orang di sekeliling yang banyak bagi semangat." Sementara itu Eliana kata mereka masih muda dan banyak lagi yang harus dipelajari. "Kami masih lagi muda dan banyak lagi perkara yang harus kami belajar. Tapi tak mengapalah, perjalanan saya dengan Ismail masih lagi panjang. "Walau apa pun yang terjadi diantara kami, tiada apa-apa kerugian pun sebenarnya." Eliana juga memberitahu cincin berlian yang diberikan Ismail dah tiada. "Dia selalu bagi saya hadiah. Saya pun begitu juga. Saya rasa perkara tersebut adil dan tidak perlu rasanya untuk kami pulangkan apa-apa.Lagi pun, cincin itu sudah tiada lagi dengan saya. Tangan saya pun dah kosong. Sebenarnya ada tragedi yang berlaku." Ismail pula kata, “Ada satu perkara yang terjadi pada cincin itu. Sebelum ini, saya dan Eliana ada pergi berkhemah dengan beberapa orang kawan. Semasa kami di sungai, saya cakap dengan Eliana, apa kata kita buang je cincin ini. Itu adalah momennya. "Meskipun ia merupakan detik yang agak sukar namun, saya rasa itu juga merupakan perkara yang terbaik untuk Eliana. Saya gembira dengan keadaan dia sekarang. Dia semakin bermotivasi dan banyak meluangkan masa bersama keluarga serta rakan-rakan." Lain kali sedekahlah, sayang pula berlian dibuang dalam sungai begitu sahaja. Tak gitu? -CARI
|
dudaberhias replied at 1-11-2021 08:14 PM
Alahai kejapnya dah putus dengan jejan telinga capang tom n jerry tu.
Tapi memang nampak tak ...
dudaberhias replied at 1-11-2021 08:14 PM
Alahai kejapnya dah putus dengan jejan telinga capang tom n jerry tu.
Tapi memang nampak tak ...
SpyLeman replied at 1-11-2021 11:02 PM
Bukan ke mamat ni ex boypren seripah mawar bakal menatu tiri tokti?
ADVERTISEMENT