Turki akan menghantar pulang tujuh warga Syria dari negara itu selepas didapati merakam dan memuat naik video berbaur sindiran dengan memakan pisang.
Tujuh dari 11 warga Syria yang ditahan akan dihantar pulang dari Turki setelah merakam video berkenaan yang dianggap provokatif, lapor Jerusalem Post. Sementara itu, Jabatan Polis Istanbul mengambil tindakan terhadap 31 suspek dalam kes video itu. Suspek yang ditahan didakwa melakukan jenayah menghasut atau menghina orang ramai supaya membenci dan bermusuhan.
Isu itu muncul selepas seorang lelaki Turki di Istanbul mengeluh tidak mampu membeli pisang sedangkan pelarian Syria mampu membeli buah tersebut dalam kuantiti yang banyak. Setelah itu, ramai pelarian Syria mula memuat naik gambar dan video memaparkan sedang makan pisang yang bertujuan menyindir keluhan warga Turki itu. Video itu dianggap bersifat provokatif dan mempersendakan kesusahan dialami rakyat Turki. Sumber: Utusan
|
zacEfron replied at 30-10-2021 03:14 PM
sama spt indon jg
ADVERTISEMENT