CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggal Pesakit Dalam Dewan Bedah, Doktor Tertidur Dalam Kereta Lepas Cari Makan

29-10-2021 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3476| Komen: 17

Seorang pakar bedah di Amerika Syarikat yang meninggalkan pesakitnya di dalam dewan bedah untuk makan tengah hari di dalam kereta sebelum tertidur didenda sebanyak AS$5,000 (RM20,700), lapor akhbar New York Post semalam.


Dr Tony Tannoury yang merupakan pakar bedah tulang belakang dari Pusat Perubatan Boston (BMC) mengaku kepada Lembaga Pendaftaran Massachusetts dalam Perubatan bahawa dia telah terlepas daripada melakukan pembedahan buku lali kecemasan seorang pesakit pada November 2016.


Kredit foto: nypost

Menurut perintah persetujuan yang dikeluarkan Isnin lalu, Tannoury yang membawa pesakit ke dalam dewan pembedahan sebagai pakar bedah yang merawat, kemudiannya meninggalkan hospital itu untuk membeli sesuatu untuk dimakan di dalam keretanya, lalu tertidur.


Doktor lelaki berusia 54 tahun itu tidak kembali ke dewan pembedahan sehingga keesokan harinya dan ketua residen terpaksa melakukan pembedahan tersebut.

Tannoury dikenakan denda berjumlah AS$5,000 kerana ‘menghilangkan keyakinan awam terhadap integriti profesion perubatan’.

Dia juga diperintahkan untuk menyelesaikan kursus profesionalisme dan menyemak peraturan untuk penyelia. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 29-10-2021 06:48 PM
Keletihan melampau? Overload kerja?
Quote edayildiz 29-10-2021 08:04 PM
kesian..faham perasaan tu..letih dan mengantuk
Quote nakkomenjugak 29-10-2021 11:26 PM
Penat melampau maybe?
Quote norawestallen 30-10-2021 01:44 AM
penat sangat kot. sebab tu tertidur. kesian
Quote stingerpranks 30-10-2021 05:33 AM
bak kata anak jiran aku yg 3 tahun iteww nasib baik dia tertidur dlm keta yg stationary....bukan dlm sedang lakukan pembedahan iteww sendiri....

tengok akal budak 3 tahun...jauh pandangannya....
Quote makadek 30-10-2021 07:23 AM
stingerpranks replied at 30-10-2021 05:33 AM
bak kata anak jiran aku yg 3 tahun iteww nasib baik dia tertidur dlm keta yg stationary....bukan dlm ...

Owh really betul2 berhalusinasi kau ni
Walhal ko tu mandul kecian itu yg meroyan kat porem
Quote Whitepinkrider 30-10-2021 07:53 AM
kesian.. beli food pn boleh tertidur.. over workload la kot
Quote Tokeybundle 30-10-2021 08:12 AM
Terlampau penat kot.kesiannya...
Quote stingerpranks 30-10-2021 08:21 AM
makadek replied at 30-10-2021 07:23 AM
Owh really betul2 berhalusinasi kau ni
Walhal ko tu mandul kecian itu yg meroyan kat porem

First and foremost your sentence tak make sense...kerna halusinasi mandul dan meroyan dimurtadkhen penggunaannya dalam senapas ayat..yg kedua ianya bersangkut dgn yg pertama...ketidakmasukan akal ayat kau ini tak mustahil akibat dari hati yg terlalu angry bird ko kerna soalan aku yg tanyakhen ttg card oku dan lelaki dayus ko....yg masih ko belum jawab....

Makkledek masih angry bird yg tak tertanggung kewww?

Kahkahkahkahkahkahkab



Quote stingerpranks 30-10-2021 08:26 AM
Whitepinkrider replied at 30-10-2021 07:53 AM
kesian.. beli food pn boleh tertidur.. over workload la kot

Bukan beli food tertidur...dah beli food...masuk keta , probably lepas habis makan dlm keta, dah kena aircon...stomach already filled..iteww yg doze off...

Kata anak jiran aku yg 3 tahun iteww...

Kau nampak tak akal panjang budak 3 tahun?

Kahjahkah
Quote stingerpranks 30-10-2021 08:39 AM
Tokeybundle replied at 30-10-2021 08:12 AM
Terlampau penat kot.kesiannya...

This could be antara mitigating faktor yg digunakan to get away with just that 5k fine.....
Quote darkness 30-10-2021 08:41 AM
Kalau ikut sop, sesapa doktor yg telah dijadualkan utk buat operation, seharusnya jika pesakit sudah ada dalam dewan bedah..doktor2 yg terlibat tak mungkin dan mustahil dah nak tinggalkan pesakit..makan pun kena tangguh sb ini melibatkan nyawa org..kecuali hal2 kecemasan. Aku tak tau lak mcmna sop hospital ni..
Quote sarah82 30-10-2021 09:07 AM
Aku rasa aku faham kepenatan pakar ni.. Memandangkan aku dikelilingi Dr.. Contoh cucu opah lagi sebulan nak habis HO dan dia kat ER.. Balik kerja aku tgk dah mcm nak pengsan jadinya.. Pernah terlalu letih sampai tertido dlm kereta hampir 3 jam baru dia sedar dia nak balik rumah.

Quote krustykrab 30-10-2021 09:37 AM
darkness replied at 30-10-2021 08:41 AM
Kalau ikut sop, sesapa doktor yg telah dijadualkan utk buat operation, seharusnya jika pesakit sudah ...

Itu lah...ke maksud citer ni, dia blum operate lagi lutut org  tu, pesakit tu baru je ditolak masuk dewan bedah. So, dia ambik kesempatan lari kuar kjp.
Quote stingerpranks 30-10-2021 09:45 AM
Edited by stingerpranks at 30-10-2021 09:49 AM
krustykrab replied at 30-10-2021 09:37 AM
Itu lah...ke maksud citer ni, dia blum operate lagi lutut org  tu, pesakit tu baru je ditolak masu ...


Yup...lazimnya bila seseorang iteww diusung kedalam bilik bedah bukan terus dilakukan procedure on him or her.....kecuali keadaan yg very critical seperti dibawak dari luar a&e cases....even that perlu siapkan the body sebelum the real thing starts...dan dalam operating department iteww juga ada what they call the holding area....bak kata anak jiran aku ..kau ingat nak beli mc donald aja kena queue?

Kahkahkahkahkah

Dalam kes doktor ini...aku pasti he has that time to kill just to alas perut while the ops team do what they need to do....
Quote Artemesiaa 30-10-2021 11:15 AM
Keletihan melampau boleh buat orang terlupa apa yang harus dilakukannya
Quote imanjannah 30-10-2021 02:53 PM
kesian...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.062208 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top