Seorang influencer Instagram dari Miami menerima kecaman hebat di media sosial gara-gara bertindak mengambil gambar di hadapan keranda mendiang bapanya.
Jayne Rivera turut memuat naik gambar-gambar tersebut di laman Instagram dengan menulis kapsyen: "RIP Papi, kamu adalah kawan baik saya. Sebuah kehidupan yang dilalui dengan baik." Menerusi lapan keping gambar yang dimuat naik di laman tersebut, kelihatan Jayne berdiri di hadapan keranda dengan memakai sut hitam yang mendedahkan dada dan sebelah lengan serta berstoking. Model berusia 20 tahun itu turut dilihat memberikan senyuman dalam beberapa keping gambar.
Namun kesemua gambar tersebut telahpun dipadamkan selepas mendapat kecaman hebat netizen yang menyifatkannya sebagai biadab. -CARI Sumber:mStar/India.com
|
KamikuP replied at 29-10-2021 09:30 AM
Itu la dia ye cuolls dak dak influenza skrg ni dah takde empati diri
RinIna replied at 29-10-2021 10:50 AM
Biadapla tu.. bapak kau mati kot.. boleh sengih2... boleh nak bergaya2 plak.. pe benda tu
Babai replied at 29-10-2021 11:03 AM
Apa yang dia dedah? Takde apa2 pun.
LadyCarefree replied at 29-10-2021 01:59 PM
Ikut budaya juga dan apa yg orang selesa lah. Macam budaya yg coffin dance tu diorang raikan kematia ...
stingersteady replied at 29-10-2021 09:34 AM
Aku ingat berbogel...setakat terdedah sikit lebih kurang macam iteww pun jadi isu?
Bukan yg mati it ...
ADVERTISEMENT