“Saya tak nak dedahkan siapa produksi dan siapa anak seni mengadu tapi tolonglah, mengapa bersikap kejam sampai begitu!"
Fauziah Nawi kecewa dengan soal bayaran tidak masuk akal diterima sesetengah penggiat seni. Seniwati veteran berusia 58 tahun itu berkata, kadar upah sebanyak RM250 untuk sebuah episod projek drama adalah sangat tidak logik. “Permasalahan itu bukan berlaku kepada saya. Berlaku kepada pemain seni muda dan mereka mengadu kepada saya. Budak-budak baharu, mereka tidak tahu apa-apa dan dengan gaji sebegitu, mereka nak makan apa?
“Tak baik aniaya orang seni sebegini dan memburukkan industri kita yang memang sudah sedia tenat. “Zaman saya dahulu sekitar, 1980-an, sebuah episod boleh dapat bayaran RM800 kenapa sekarang turun sampai RM250? Kenapa ‘perdajal’ rezeki orang seni sampai tahap begini! Tak baik bagi cerminan buruk ini buat anak-anak yang baru nak kenal industri,” katanya kepada Kosmo! Online. Dalam masa sama, dia mempersoalkan tindakan produksi drama yang kini lebih banyak mengamalkan sikap pilih kasih dengan melabur wang untuk pemengaruh media sosial. “Kalau ‘instafamous’, mereka bersungguh-sungguh bayar sampai RM3000 hingga RM5000 satu episod. Orang yang ada ilmu seni dianiayai sampai bayaran tak masuk akal (RM250 satu episod). “Budak-budak (pelakon) tambahan lagilah ada yang dibayar serendah RM80 satu babak atau episod. Itu belum tolak daripada ejen mereka. Entah-entah RM30 je masuk kocek. “Alasan mereka bagi, sekarang zaman pandemik, semua kos terpaksa ditolak. Adakah itu bermaksud ambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. Merosakkan industri dengan budaya kerja sebegini? Tolong fikir. “Saya tak sampai hati apabila ada budak-budak baharu bersemangat untuk kenal industri mengadu menerima bayaran seperti apa yang saya sebutkan. Ada juga pelakon-pelakon lama dianiaya dengan bayaran ‘ciput’. “Sampaikan saya fikir, di Malaysia ini, kalau kalian sudah tua, bersara sahajalah. Tak usah sibuk berlakon dan lupakan sahajalah industri sebab kalian semua akan dianiayai dan tak dihargai. “Saya tak faham mana persatuan, perbadanan atau kementerian yang sepatutnya memperjuangkan nasib orang-orang seni sebab perkara ini tetap terus belaku sampai sekarang tidak terbela. Mana Seniman, Mana FDAM, mana PROFIMA dan lain-lain? Buatlah sesuatu,” getusnya. Tegasnya, dia tidak mahu industri seni tanah air diburukkan dengan senario bekerja sebegini. Fauziah berharap masa depan semua karyawan lebih baik dan terbela. Amboi, berbeza betul ya kadar bayaran pelakon veteran dengan instafamous? - CARI
|
buragazz replied at 29-10-2021 08:48 AM
Laa kenapa tadi aku baca Fauzi Nawawi aku dah standby nak kutuk dah.. sekali bukak ada gambau ibu Fa ...
Cik_jantung replied at 29-10-2021 08:55 AM
Jual nasi lemak lagi mewah. Kenapa nk merungut. Ada pilihan kan
syabee replied at 29-10-2021 09:57 AM
industri filem kita bkn mcm hollywood sana tuh...lg tua lagi mahal...
terima jer la. tak selamanya ...
princessmiang replied at 29-10-2021 09:00 AM
sebab tu keknik kekrol keksop keksa kekbik keksenah segala kek instafemes nih gigih meniaga anak kat ...
ADVERTISEMENT