CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Susah Nak Masuk Majalah Kalau Tak Ada Rupa - Rosyam Nor

28-10-2021 09:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4708| Komen: 26

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor mengakui dia tidak meminggirkan bakat baharu yang mempunyai ramai pengikut di media sosial untuk diketengahkan dalam industri seni.


Menurutnya, media sosial kini adalah satu platform berpengaruh untuk pencarian kepada bakat baharu dalam industri seni tanah air. 

"Kalau zaman dulu, penerbit banyak berpandukan kepada surat khabar dan majalah kerana muka-muka mereka yang keluar di majalah atau surat khabar mempunyai peminat tersendiri.


Kredit foto: IG Rosyam

"Mereka ini akhirnya diberi peluang untuk masuk ke dalam industri. Sebenarnya tidak ada bezanya zaman dulu dan sekarang. Cuma, platformnya saja yang berbeza.


"Dan ramai juga orang-orang lama yang terkenal hari ini muncul daripada majalah dan surat khabar hinngga akhirnya menimba pengalaman serta mempunyai bakat yang baik.

"Malah, saya sendiri kerap tampil dalam surat khabar dan majalah yang akhirnya menjadi pilihan penerbit untuk berlakon sehingga dikenali peminat," katanya kepada Harian Metro.

Rosyam berkata, itu semuanya adalah satu permulaan kepada bakat ataupun profesion mereka (pendatang baharu) sebagai pelakon.

"Saya berharap dengan perkembangan dunia hari ini dalam revolusi 4.0, pelakon-pelakon yang mempunyai bakat juga tidak menidakkan bahawa sekarang sudah ada platform baharu. 

"Kalau zaman saya dulu sukar untuk kita masuk ke majalah kecuali jika mempunyai rupa paras yang elok dan penampilan yang hebat. 

"Tapi hari ini kerana itu semua dihujung jari, mereka berusaha untuk mulakan media sosial bagi mempromosikan diri sendiri kerana ia adalah percuma dan secara inisiatif sendiri," katanya lagi. 

Justeru, Rosyam meminta agar pelakon-pelakon yang berbakat supaya harus bergiat secara aktif dalam media sosial mereka agar tidak tertinggal jauh di belakang.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 29-10-2021 12:26 AM
Motippp iol teringat jejantz majalah buah berenang2 dan berposing manja di tepi kolam menunjuk kekekaran body memasing??
Quote Perawankota 29-10-2021 01:26 AM
Dulu2 suka beli remaja.. Majalah2 artis ni kurang sikit..
Quote ais_kosong 29-10-2021 08:02 AM
Dulu.. kalau masuk tv muka flawless..
Sekarang muka berlubang pun ok
Quote dudaberhias 29-10-2021 08:09 AM
nakkomenjugak replied at 29-10-2021 12:26 AM
Motippp iol teringat jejantz majalah buah berenang2 dan berposing manja di tepi kolam menunjuk kekek ...

khenn kaka.. tak silap yang issue zed zaidi paling larisss... si pijo pun ada kot

eee tak sangka ada majalah soft porn untuk cikki2 remaja sekolah... gigihnya pergi kedai beli dengan tudung putih baju putih siap kain biru...

sanggup tak makan dekat kantin untuk simpan duit nak beli majalah ittew ada siap gunting2 gambar jejan tu bubuh dalam buku untuk di jadikan koleksi sambil tulis2 tepi gambar tu my hubby... suamiku agittewww...

10 tahun kemudian terjumpa buku tu dalam keadaan coklat2 dan kusam... terus rasa nak menyorok tepi bucu katil dan hilang ingatan semula... sebab tak sangka taste2 kita dulu rhoperrr sedemikian... now dah berubah arah ke jejan herlokkk thai & korean looking ataupun european yang rupa herlokkkk muda macam sean dalam the maid
Quote kakuzu 29-10-2021 11:03 AM
betul ke rosyam ni
dulu2 dia kena masuk majalah/suratkhabar dulu.. baru ada peluang jadi plakon?
kenapa tak cerita yang sebenar.. pak sedara ada tolong?
Quote asamfish 29-10-2021 12:40 PM
kakuzu replied at 29-10-2021 11:03 AM
betul ke rosyam ni
dulu2 dia kena masuk majalah/suratkhabar dulu.. baru ada peluang jadi plakon?
ken ...

Tu la...pak sedara dia kan bawak dia masuk berlakon
Hussein Abu Hassan...bapak si Faizal Hussein tu


Quote She-Ra 29-10-2021 12:42 PM
ohhh peperiksaan #gilagilaremaja

dedulu majalah byk gamba bersidai di tepian/dalam kolam
Quote kucingitam 29-10-2021 04:20 PM
eh zaman dulu2 yg jadi hero xdelah bersandarkan rupa sgt...badul, os, salih yaakob tu rileks2 je jadi hero tau..
Quote slyfynx 29-10-2021 05:10 PM
nakkomenjugak replied at 29-10-2021 12:26 AM
Motippp iol teringat jejantz majalah buah berenang2 dan berposing manja di tepi kolam menunjuk kekek ...

Belon pun ade masuk majalah buah buahan tu
Quote cmf_premierleag 29-10-2021 05:24 PM
asamfish replied at 29-10-2021 12:40 PM
Tu la...pak sedara dia kan bawak dia masuk berlakon
Hussein Abu Hassan...bapak si Faizal Hussein t ...

Tagline arwah yg selalu jd meme weols "kepala hotak kau berjambul" cakap dgn gaya Hussein Abu Hassan
Quote haznor 29-10-2021 05:30 PM
nakkomenjugak replied at 29-10-2021 12:26 AM
Motippp iol teringat jejantz majalah buah berenang2 dan berposing manja di tepi kolam menunjuk kekek ...

Hahaha. Majalah buah tu masa mula-mula keluar, kebanyakan artikelnya best. Lepas tu mula tayang gambar dedah body kebasahan.
Quote mojarean_X 29-10-2021 10:15 PM
slyfynx replied at 29-10-2021 05:10 PM
Belon pun ade masuk majalah buah buahan tu

Boy Iman ke tu? Wahhh maju betul dia sekarang
Quote axl_bach 30-10-2021 12:45 PM
kucingitam replied at 29-10-2021 04:20 PM
eh zaman dulu2 yg jadi hero xdelah bersandarkan rupa sgt...badul, os, salih yaakob tu rileks2 je jad ...

Filem genre lawak, org x panggil hero tp lead actor xyah citer lah.... Senario,  Apek pun bleh jadi lead

Quote royaldanish 30-10-2021 01:03 PM
slyfynx replied at 29-10-2021 09:10 AM
Belon pun ade masuk majalah buah buahan tu

Kalau suruh org2 dlm gambar tu kumpul balik & buat gambar sama mcm tu hehehee
Quote 3chanceno 30-10-2021 01:32 PM
Motip atok nie komen cam dia hensem ke camner?? Mak pak sedara dia pun pelakon veteran, dah tentu ko masuk dari pintu kabel
Quote rayna_raynes 30-10-2021 03:27 PM
Lah, bukan ke artis zaman dulu terpaling bagus terpaling berbakat dan wartawannya terpaling beretika cover berita pasal bakat aje bukan macam selebgram instafemes zaman sekarang? Rupanya sama je kan dari dulu bezanya dulu takde instagram

Quote Acikgomen 30-10-2021 03:41 PM
Perawankota replied at 29-10-2021 01:26 AM
Dulu2 suka beli remaja.. Majalah2 artis ni kurang sikit..

Acik dulu suka beli majalah Cleo. Fefeling modern chic. Majalah remaja dpt free tetiap bulan sbb jiran acik pengarah ape tah kat karangkraf. Uncle tu suka kat weols adik badik sbb baik katanye
Dia tatau weols baik kat luar rumah je, masuk dlm rumah lawan menyalak
Quote TeropongThaico 30-10-2021 04:19 PM
dudaberhias replied at 29-10-2021 08:09 AM
khenn kaka.. tak silap yang issue zed zaidi paling larisss... si pijo pun ada kot

eee tak sang ...


Berdasarkan pengalaman sendiri ke kaka??
Sib baik ai tak sampai lagi waktu ni. So huayus saja la
Terpelihara mata suci ai.
Kot nak tolong ngantarkan ain pun harus sepantas kilat dia sampai dek kesucian mata yinni
Quote hzln 30-10-2021 05:17 PM
Edited by hzln at 30-10-2021 05:20 PM
3chanceno replied at 30-10-2021 01:32 PM
Motip atok nie komen cam dia hensem ke camner?? Mak pak sedara dia pun pelakon veteran, dah tentu ko ...


Tak silap dia start jadi crew jer,pahtu jadi extra, lama juga dia kerja dgn tauke india tu menda tah nama, pansha kut. Dah beranakpinak baru ada rezeki jadi hero. Kira dia start dr bawah la. And bukan produk majalah buah-buahan, dgn headlines
1. rosyam selalu bangun solat malam,
2. norish karman (contoh) idam suami beriman
  
sambil dua2 posing birah di tepi kolam renang

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.177755 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top