CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pengarah Rugi Besar, Zizi Kirana Tak Nak Sambung Shooting Lepas Bertudung- "Dah Ambil Bayaran 50 Peratus"

28-10-2021 01:49 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 18217| Komen: 116|Original author: Oleh: Saiful

Description: Pengarah, Datuk Rafiena menanggung kerugian besar gara-gara terpaksa gugurkan Zizi Kirana daripada produksi drama Jamu Nesan yang berbaki 30 peratus sahaja lagi.
Pengarah, Datuk Rafiena menanggung kerugian besar gara-gara terpaksa gugurkan Zizi Kirana daripada produksi drama Jamu Nesan yang berbaki 30 peratus sahaja lagi.


Katanya dia hormat keputusan Zizi bertudung dan tak dapat teruskan shooting.


Rafiena dan Zizi Foto: IG

"Nak tak nak saya terpaksa akur dan hormat dengan keputusan dia memakai hijab dan disebabkan itu saya terpaksa buat keputusan drastik dengan mengugurkan nama dia daripada drama.

"Sudah tentu perkara ini menganggu sedikit jadual penggambaran terutama artis-artis lain yang beri komitmen daripada awal. Saya terpaksa buat keputusan drastik, keputusan gila dengan menggantikan dia kepada panyanyi Didi Astillah," katanya kepada mStar.


Rafiena menambah sebelum ini Zizi bersetuju untuk menyesuaikan imej tudung dengan watak yang perlu dibawanya dalam drama tersebut.

Namun selepas itu Zizi didakwa tukar fikiran dan beri pelbagai alasan.



"Kita faham dia nak bertudung tapi daripada segi kerja dan kontrak, dia sepatutnya perlu habiskan. Awalnya saya minta dia pakai rambut palsu tapi kemudian dia kata hukumnya adalah haram dan sudah pasti saya juga faham.

"Jadi dia kata nak pakai tudung dan saya setuju, walaupun tak tahu nak gambarkan seorang ketua mafia (watak Zizi) bertudung. Saya layankan sebab nak habiskan je... saya fikir artis lain kena tunggu.

"Apabila kita dah setuju dan cuba sesuaikan dengan imej bertudung... dia minta tukar tarikh shooting kepada 19 November pula sedangkan drama ini patut ditayangkan pada 12 November. Jadi sebab tu saya tukar dia dengan Didi Astillah, saya tak boleh nak layan karenah dia lagi."

Walaupun terkilan Rafiena kata dia tak mahu ambil tindakan undang-undang.

Pelakon Jamu Nesan Foto: mStar

"Zizi ni tak ada masalah dengan saya. Dia bagus, attitude dia baik. Saya hormat keputusan dia dan saya tak nak besarkan isu ini dengan ambil tindakan.

"Saya tak nak orang ingat saya kejam sangat sebab tak benarkan orang nak berubah bertudung yang akhirnya orang akan kecam saya. Nanti orang bagi bad expression kepada saya. Jadi saya reda saja.

"Saya tak marah dia, saya hanya terkilan sebab saya buat watak ini khas untuk dia. Saya ajar dan lead dia untuk berlakon daripada awal tahun lalu. Itu yang saya rasa kecewa sebab dia macam tak hargai usaha saya.

"Dia dah ambil bayaran 50 peratus tapi saya tak minta dia refund atau minta ganti rugi sebab apabila saya fikir balik, mesti ada rezeki saya akan datang." 

Harap Zizi dapat beri penjelasan. -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikBuncit 28-10-2021 01:53 PM
Zizi walaupn ko brtudung pn xmghalalkan cara untuk xtepati janji mcm tu.. Ape da. Buat malu je.
Quote makadek 28-10-2021 01:56 PM
Jual mahal la sbb mood tgh berkepit dgn laki lagi kn
Quote Fly_over 28-10-2021 02:09 PM
patut mintak ganti rugi la or kalau zizi ada common dia bayar ganti.. produksi pun nampak tak pro la boleh letgo mcm tu je tp ckp psl rugi. retis lain boleh buat mcm tu jgk.
Quote brown_pupil 28-10-2021 02:19 PM
laki x kasi le tu..
Quote Mooverine 28-10-2021 02:26 PM

Janganlah dia ni mcm jenis pompuan yang bila kawin terus buang kawan, terus melekat dgn suami saja kan..



Quote brown_pupil 28-10-2021 02:27 PM
Mooverine replied at 28-10-2021 02:26 PM
Janganlah dia ni mcm jenis pompuan yang bila kawin terus buang kawan, terus melekat dgn suami saja ...

org baru kawen kan.. of course la nak melekat dulu..
Quote pekanwoohoo 28-10-2021 02:40 PM
Ganti je pelakon untuk Zizi tu. Untuk babak babak awal sebelum, sekarang kan banyak apps swap muka tu, guna je lah. Orang bukan kisah sangat pun.
Quote mawarkhayalan99 28-10-2021 02:41 PM
ambuihhh zizi mentang dah dpt laki skrg terus lupa job yeeee
Quote anggeriklatifah 28-10-2021 02:47 PM
"Jadi dia kata nak pakai tudung dan saya setuju, walaupun tak tahu nak gambarkan seorang ketua mafia (watak Zizi) bertudung. Saya layankan sebab nak habiskan je... saya fikir artis lain kena tunggu.


"Apabila kita dah setuju dan cuba sesuaikan dengan imej bertudung... dia minta tukar tarikh shooting kepada 19 November pula sedangkan drama ini patut ditayangkan pada 12 November. Jadi sebab tu saya tukar dia dengan Didi Astillah, saya tak boleh nak layan karenah dia lagi."


DATIN RAFIENA DAH BYK MENGALAH TAPI KAU YG MENYUSAHKAN DIA

TERUKNYA PERNGAI..

IKUT SUKA EH KAU NAK TUKAR2 TARIKH PULAK YAAA

KERENAH BYK

DARI ADA REZEKI TERUS TAKDE REZEKI LANGSUNG

LEPAS NI JGN LAK DOK CAKAP

TAK KISAH REZEKI TAKDE SEBB AMEK KEPUTUSAN BERTUDUNG

AK U HAKTUIIHHHH KAN KANGGG

HAKTUIHHHH

HAKTUIHHH

PUIHHH
Quote Cikembok 28-10-2021 03:01 PM
OK.. Dah satu yg negative pasal dia dh kuar.. Pa's ni apa pulak..
Quote dewi_rina 28-10-2021 03:14 PM
Baiknya dia, tak saman dan tak mintak refund pun
Quote makton 28-10-2021 03:16 PM
teringat zizi berlakon dlm cite cuti2 cinta kot.. yg ada farid kamil & nora danish tu.
ya ampun bingit betul suara mekzizi ni. terjerit2 dgn suara serak basah dia tu
Quote Suchi 28-10-2021 03:24 PM
Sepatutnya ko habiskan je drama tu dulu baru laa berjilbab.
Tu pasal laa iols selalu rasa kalau masih nk jadi artis jgn bertudung. Sbb ko bebas je bila2 masa watak ko perlu bertudung ko leh pakai tudung.
Takdela org nk pertikaikan apa2 kalau ko kejap watak bertudung kejap lepas rambut.

Nih bertudung nak jadi artis pun nak.Memang tak boleh sis.
Ko kena pilih salah satu jaaa nak bertudung lupakan terus dunia lagha ni.
Quote dejure 28-10-2021 03:24 PM
Biasalah awal2 pakai tudung semua nak patuh syariah..jgn jadi mcm nonny jaring ikan tu pula bila dah xde job nnt
Quote Masukkeluar 28-10-2021 03:26 PM
dulu zmn jahil tunjuk tetek, seksi seksa takde rasa haram berdosa ya? pdhl ms tu mcm mcm netizen tegur nasihat..tp dilahar balik netizen.. skrg dh kawin, baru tahu ya, org suruh pakai rmbut palsu tau pulak halal haram ya?

Quote TabletSusu 28-10-2021 03:27 PM
ok pengarah dah bercakap
kita dgr apa zizi punya alasan pulak
Quote Masukkeluar 28-10-2021 03:31 PM
Suchi replied at 28-10-2021 03:24 PM
Sepatutnya ko habiskan je drama tu dulu baru laa berjilbab.
Tu pasal laa iols selalu rasa kalau masi ...

aku stuju ni..kalau ko dh bertudung, berkelubung better keluar terus dr industri..xpyh la acah acah nk berhip hop rap nyanyi lagi, lepas tu belakon pegang2, sweet2 ats katil. tak manis dan tak sesuai dgn bertudung. lagi aku rengsek kalau retis laki yg konon join tabligh, berkopiah bagai berjubah, last2 org offer job belakon sweet ats katil tenung2 mata ko sauk gk..geli la. si lakinya zizi tu pn sama.
Quote cheezel 28-10-2021 03:40 PM
tak profesional langsung. kesian produksi tu
Quote nordin84 28-10-2021 03:47 PM
brown_pupil replied at 28-10-2021 02:27 PM
org baru kawen kan.. of course la nak melekat dulu..

lekat2 tinggal member.. nanti kena curang, ke ape cr member balik

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.099986 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top