Jakarta – Seorang pengguna TikTok baru-baru ini menjadi tular di media sosial kerana mendedahkan dirinya memiliki nama yang begitu unik, lapor laman Suara.com.
Menurut pengguna dengan nama samaran @Superjoyul itu, dia memaklumkan bahawa nama sebenarnya adalah ‘Always’. Namun, netizen yang membaca kenyataan tersebut tidak mempercayainya dan meminta dia menyertakan bukti yang berupa sijil kelahirannya. Wanita itu kemudian memuat naik foto sijil kelahirannya yang memaparkan nama penuhnya adalah ‘Always Innovation’.
Netizen yang membaca hantaran tersebut kemudian meninggalkan pelbagai reaksi dan pendapat menerusi ruang komen. “Mungkin kedua ibu dan bapanya pencinta bahasa Inggeris,” kata seorang netizen. “Nama anda sangat unik,” kata seorang netizen lain. Video tersebut telah ditonton lebih 1.2 juta kali dengan lebih 191,000 tanda suka. – CARI Sumber: Kosmo
|
edayildiz replied at 28-10-2021 12:36 PM
always innovation binti apa..pelikk
stingersyokkk replied at 28-10-2021 02:00 PM
Binti turki
tikusmontok replied at 28-10-2021 02:47 PM
Binti benjol aka burger telo
stingersyokkk replied at 28-10-2021 04:52 PM
Kau jgn...nanti dia ngadu domba dgn laki turki imaginary dia yg kau nak bully dia...aku tak tahu o ...
ADVERTISEMENT