CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 80 Tahun Dipenjara Sebab Miliki Dadah, Isteri 70 Tahun Lepas Tanpa Bebas

28-10-2021 08:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1888| Komen: 8

Description: Tawau: Seorang lelaki warga emas dihukum penjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan memiliki 30.75 gram Methamphetamine tahun lalu.
Tawau: Seorang lelaki warga emas dihukum penjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan memiliki 30.75 gram Methamphetamine tahun lalu.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membuat keputusan itu selepas tertuduh, Hashim Sahipa, 80, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, dia bersama isterinya Roaina Ali, 70, didakwa memiliki dadah berkenaan di sebuah rumah atas air tidak bernombor di Kampung Batu, Semporna, jam 4 petang, 17 Disember 2020.


Foto: Awani

Sehubungan itu, pasangan warga Filipina itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang lima tahun dan juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan.

Dalam pendakwaan tersebut, Hashim mengaku memiliki dadah berkenaan, manakala Roaina tidak mengaku bersalah.

Hashim dalam pengakuannya memaklumkan kepada mahkamah bahawa dadah itu miliknya dan tidak ada kaitan dengan Roaina.

Hakim kemudian membuat keputusan Roaina dilepaskan tanpa dibebaskan.

Sebelum ini, pasangan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan selepas pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menemui 57.04 gram hablur putih dipercayai Methamphetamine dalam serbuan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pendakwaan menukar pertuduhan mengikut Seksyen 39A(2) selepas laporan kimia mendapati berat sebenar Methamphetamine yang dirampas adalah 30.75 gram.

Awang Kerisnada dalam penghakimannya berkata, tanpa mengira usia tua atau muda, perbuatan tertuduh memiliki dan mengedar dadah adalah salah dan hukuman sewajarnya dijatuhkan ke atas tertuduh sebagai pangajaran kepada semua pihak termasuk dia sendiri.

Bagaimanapun, katanya mahkamah mempertimbangkan tidak mengenakan hukuman sebatan mengambil kira faktor usia dan kesihatan tertuduh.

Roaina seterusnya akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen atas kesalahan tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Moh Suahimi Suriana manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supermum 28-10-2021 08:56 AM
Macam filem yang Clint Eastwood tu berlakon. Guna orang tua untuk smuggle dadah. Orang tak expect so dia jadi smuggler paling successful
Quote Decaffeinated 28-10-2021 09:06 AM
Huntong lah tak payah bayar nursing home. Not a bad idea.
Quote stingersyokkk 28-10-2021 09:08 AM
Decaffeinated replied at 28-10-2021 09:06 AM
Huntong lah tak payah bayar nursing home. Not a bad idea.

Dok , yg dimaksudkan lepas tanpa bebas ada sama macam bergantung tak bertali kewww?
Quote nononcrux 28-10-2021 09:49 AM
penghujung hidup 2 org tua.. ada ank tak
Quote AmandaRollins 28-10-2021 10:39 AM
Ya Allah .speechless...mungkin sbb terdesak kot  time covid ni xde income...
Quote nakkomenjugak 28-10-2021 01:08 PM
Damnnnnn...
Quote Cik_jantung 28-10-2021 01:12 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:42 PM
supermum: Macam filem yang Clint Eastwoo ...

..........
Quote Cik_jantung 28-10-2021 01:13 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:41 PM
Decaffeinated: Huntong lah tak payah bayar nu ...

...........

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.070960 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top