CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Betul Ke Kawasan Rumah Terus Jadi ‘Kayangan’ Kalau Jadi Kroni?

26-10-2021 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2701| Komen: 5

Salah satu usaha untuk memastikan seseorang pemimpin itu boleh menang besar, peganglah kepala akar umbinya atau pun lebih tepat lagi, kroni.

Hal ini demikian kerana jika kroni boleh dipegang serta dibelai nafsunya, kroni akan memainkan peranan yang cukup hebat semasa berkempen.

Keadaan ini sama seperti yang berlaku di Bagan Pinang, Port Dickson apabila para kroni satu parti itu diberi keistimewaan infrastruktur.



Keistimewaan infrastruktur yang dimaksudkan adalah para kroni yang dimaksudkan menerima jalan kampung baharu di sekitar rumah masing-masing.

 
Manakala orang kampung yang bukan penyokong parti itu atau pun bukan orang kuat kroni kepada parti tersebut, cuma boleh ternganga.

Ternganga kerana apa kewajaran pemimpin di Port Dickson itu menghadiahkan jalan baharu dan daripada mana sumber bajet yang digunakan?

Jika datang daripada duit rakyat, sudah pastilah orang Bagan Pinang marah kerana sepatutnya semua jalan kampung harus dinaik taraf.

Tetapi, sebaliknya yang berlaku dan menurut portal Suara Anak Negeri, ada yang persoalkan benarkah keadaan jadi begitu kerana ada individu kayangan di kampung itu?

Atau mungkin ada seseorang berstatus VIP dan jalan baharu itu dibina untuk kesenangan individu tertentu?

Persoalan-persoalan sebegini hanya boleh terjawab jika warga Bagan Pinang bertanya terus kepada  Pejabat Daerah atau Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson.

Sekurang-kurangnya boleh dapatkan jawapan dan tidak lagi berteka-teki selain terus menutup cerita, memang kroni dapat hak keistimewaan!


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 26-10-2021 02:29 PM
Ngangan le nganga tu le YB korang hahaha
Quote nakkomenjugak 26-10-2021 05:41 PM
Hehehehe mana tak yang tua2 pun berebut nak jadik kroni
Benefits banyak!
Quote keane.somewhere 26-10-2021 05:46 PM
Ampun tuanku........abg jago
Quote Lagubestbest 26-10-2021 06:31 PM
rasanya mmg cmni amalan.. tapi takdela obvious betul2 depan rumah kau sorang je diorang skip tak tar.. guna duit parti kot.
Quote merrissa 26-10-2021 08:41 PM
Edited by merrissa at 26-10-2021 08:43 PM

Ya betul.
Ditempat aku
Bukan takat tar, dia minta internet fiber, dia sorang je yg dpt.
tar tu betul2 smpai rumah dia je.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.039351 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top