CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gmie Screen Menderita Sakit Buah Pinggang Dan Strok, "Pakai Duit Simpanan Je Sekarang"

26-10-2021 10:49 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4704| Komen: 10|Original author: Oleh: Cari-Azza





Lama sudah tidak mendengar khabar penyanyi yang popular dengan lagu Bila Cinta Didusta, Gmie Screen.

Bintang Gegar Vaganza 2016 ini sebenarnya menderita sakit buah pinggang dan strok sejak tahun lepas. Ia bermula dengan kurangnya potasium, garam dan albumin sehingga melemahkan anggota badannya.

"Kaki lemah, tak boleh bergerak, satu kepayahan. Dari 200 orang cuma 1 saja kes, satu ujian dari Allah untuk saya dan saya redha, cuba untuk berubat, di hospital 2-3 bulan."

Foto :FB

Gmie Screen atau nama sebenarnya Hajimi Ibrahim, 52 menyatakan yang bergantung pada duit simpanan selama dia bekerja selama 30 tahun lebih sebelum ini.


"Bila macam ni, saya tak buat apa-apa, zero, saya hanya bergantung pada saving saya bekerja. Terima kasih sangat sebab ada orang sudi, prihatin, Alhamdulilah."

Foto : FB

MBI Selangor menjelaskan mereka mendapat tahu ketika singgah ke rumah Ali XPDC. Apabila menyiasat dan mendapatinya betul, mereka hadir untuk beri sumbangan tunai dan runcit.

Semoga abang Gmie Screen dikurniakan kesihatan yang lebih baik nanti. InsyaAllah - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 26-10-2021 12:42 PM
Kesian. Takpe retis senang dpt bantuan. Nak rumah pon esok mungkin boleh dapat.
Quote Orix 26-10-2021 01:38 PM
Batch GV paling best.... semoga cepat sembuh... sapa2 takda amek insurans lagi tu, sila lah ambil ye
Quote bulalof 26-10-2021 03:14 PM
semoga diebrikan kesihatan dan kemudahan meneruskan hidup buat semua yg sedang berhadapan musibah dan kesusahan.
Quote KamikuP 26-10-2021 05:19 PM
Moga cpt sembuh. AAmin
Kpd bbnu / influenza/ retis tersangkak negara mohon beli insurans yaa utk kegunaan di kemudian hari
Quote nsmy 26-10-2021 07:48 PM
Moga dipermudahkan urusan Dan cempat sembuh
Quote mojarean_X 26-10-2021 10:22 PM
Mohon 1st episode GV tahun ni boss susu pilih Gmie
Quote TeropongThaico 27-10-2021 12:11 AM
Kesiannya dia. Baru je rasanya dia happy nak dapat cucu hari tu. Dah diuji gini pulak.
Quote silampumeja 27-10-2021 12:18 AM
Orix replied at 26-10-2021 05:38 AM
Batch GV paling best.... semoga cepat sembuh... sapa2 takda amek insurans lagi tu, sila lah ambil ye ...

Kan... Paling best waktu tu.... Jimie ni nampak mcm baik2.. dulu aince gv fllow dia kat ig... Sebak n comel dia nikahkan anak perempuan dia...

Tup tup keluar cerita dia sakit. Ni
Quote doubleA 27-10-2021 01:59 AM
Orix replied at 26-10-2021 01:38 PM
Batch GV paling best.... semoga cepat sembuh... sapa2 takda amek insurans lagi tu, sila lah ambil ye ...

Agree. Tak sangka heols sakit. Banyak org masa sihat tak ingat sakit, tak ambil insuran. Rasa rugi bayar bulan2 tapi tak claim. Sihat nikmat paling mahal. Skg medical card/hibah takaful pun ada saving tau maknanya certain time yg tak claim tu boleh keluarkan duit. Nak tau lebih pm iols, sory terpromo sini
Quote nakkomenjugak 27-10-2021 01:09 PM
Moga cepat sembuh!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.046405 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top