Lama sudah tidak mendengar khabar penyanyi yang popular dengan lagu Bila Cinta Didusta, Gmie Screen.
Bintang Gegar Vaganza 2016 ini sebenarnya menderita sakit buah pinggang dan strok sejak tahun lepas. Ia bermula dengan kurangnya potasium, garam dan albumin sehingga melemahkan anggota badannya.
"Kaki lemah, tak boleh bergerak, satu kepayahan. Dari 200 orang cuma 1 saja kes, satu ujian dari Allah untuk saya dan saya redha, cuba untuk berubat, di hospital 2-3 bulan."
Foto :FB
Gmie Screen atau nama sebenarnya Hajimi Ibrahim, 52 menyatakan yang bergantung pada duit simpanan selama dia bekerja selama 30 tahun lebih sebelum ini.
"Bila macam ni, saya tak buat apa-apa, zero, saya hanya bergantung pada saving saya bekerja. Terima kasih sangat sebab ada orang sudi, prihatin, Alhamdulilah."
Foto : FB
MBI Selangor menjelaskan mereka mendapat tahu ketika singgah ke rumah Ali XPDC. Apabila menyiasat dan mendapatinya betul, mereka hadir untuk beri sumbangan tunai dan runcit.
Semoga abang Gmie Screen dikurniakan kesihatan yang lebih baik nanti. InsyaAllah - CARI
|