Mengikuti perkembangan semasa, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui aktif memanfaatkan aplikasi TikTok sebagai medan untuk mendekati peminat baharu terutama dikalangan orang muda.
Katanya, dalam situasi serba mencabar ini dia perlu berani mencuba pelbagai perkara baharu namun tetap beringat untuk berpada-pada dalam memuatnaik kandungan di aplikasi berkenaan. “Saya cuba menawan dan mendekati peminat baharu di kalangan remaja serta lingkungan golongan muda yang rata-rata tertumpu kepada medium tersebut untuk berinteraksi termasuk pengguna di luar negara. “Dari situ saya sentiasa sedia untuk berkolaborasi memuatnaik video nyanyian terutama dengan rakan seperjuangan dari seberang seperti ibu Hetty Koes Endang sekali gus memperkenalkan dendangan lama yang malar segar.
“Alhamdulillah dapat banyak maklumbalas. Tidak bermakna kita mahu bersaing dengan orang muda kerana itu bukan matlamat saya. “Namun sejauh mana mahu berkongsi atau ikut ‘trend’, saya tetap letakkan had. Apa yang anda lihat di TikTok itulah Siti Nurhaliza Dan itu jua had yang saya tetapkan,” katanya ketika pelancaran produk SimplySiti For All – Reflection Of Perfection’ dan sesi memperkenalkan duta SimplySiti.
|
tikusmakmal10 replied at 26-10-2021 09:51 AM
whoareyousssssss duta baru ss ni ?
nakkomenjugak replied at 27-10-2021 01:03 PM
Kalau tiktok socmed segala ada time zaman sheol debut ni, fuhh agak2 berapa polowers sheol ni kan
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.055953 second(s), 39 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.