Oleh: Loo Tung Seang Article diterbitkan : 10 Jun 2015
Pengalaman 'Mati Hidup Kembali' ketika berdepan dengan situasi gempa bumi di Gunung Kinabalu Jumaat lalu memberi kesan mendalam buat Lee Yoke Fah. Lee, anggota kelab pendaki G7 Hash yang pernah mendaki pelbagai jenis pergunungan termasuk Gunung tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest. Ini adalah kali keempat beliau mendaki Gunung Kinabalu bersama isteri tersayang. "Hasil pengalaman ngeri di Gunung Kinabalu, betul-betul membuat saya faham apa maksud sebenar kehidupan yang tidak menentu," kata Yoke Fah. Manakala bagi See Geok Kee, anggota kelab pendaki Sunday Hash 4 yang sebelum ini pernah mengalami gempa bumi ketika beliau bersama isteri melancong di Nepal pada bulan April lalu. Beliau memberitahu, secara kebetulan pendakian di Gunung Kinabalu turut ditimpa gempa bumi, cuma berbeza kali ini Geok Kee hanya berseorangan sahaja tanpa ditemani oleh isteri. Rasa bersyukur kerana terselamat walaupun ketika gempa bumi berlaku beliau masih berada di puncak gunung. Yang menyedihkan beliau adalah terdapat rakan pendaki lain telah menemui ajal akibat gempa bumi ini. Hakikat yang menyayat hati ini sehingga sekarang masih tidak dapat menerimanya. - CARI Infonet |
7
Bagus |
8
Marah |
1
Terkejut |
2
Sedih |
6
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT